Love Scam: Simpati kepada kekasih, wanita rugi RM152,050

Missel Ernie Bick
Disember 14, 2022 07:02 MYT
Seorang wanita berusia 44 tahun di Sibu jadi mangsa Love Scam apabila kerugian lebih RM150,000 selepas diperdaya 'kekasihnya'. - Gambar fail
SIBU: Akibat diperdaya kekasih yang kononnya ditahan pihak imigresen, seorang wanita berumur 44 tahun rugi RM152, 050.
Ketua Polis Daerah Sibu, Zulkipli Suhaili dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek sejak September 2022 melalui aplikasi Facebook.
Dalam laporannya, mangsa mendakwa telah dihubungi suspek untuk meminta bantuan melepasnya dari tahanan imigresen atas kesalahan membawa wang tunai (Pound Sterling) dalam kuantiti yang banyak.
Mangsa yang mempercayai suspek terus membuat transaksi secara berperingkat bagi menyelamatkan kekasihnya.
"Pada 8 Oktober 2022, suspek menghubungi mangsa menggunakan aplikasi Whatsapp dan memaklumkan dirinya memerlukan pertolonga kerana telah ditahan pihak Imigresen KLIA atas kesalahan membawa wang tunai dalam kuantiti yang banyak.
"Mangsa tanpa ragu melakukan pemindahan wang secara berperingkat ke dalam dua akaun berbeza." jelasnya.
Katanya, mangsa telah dihubungi suspek untuk meminta bantuan telah membuat transaksi sebanyak 27 kali ke dalam dua akaun berbeza dari bulan 10 Oktober sehingga 5 Disember.
"Mangsa sedar dirinya diperdaya selepas meragui bayaran tersebut kemudian memaklumkan kepada rakannya lalu membuat laporan polis," jelasnya.
#love scam #Facebook #WhatsApp #Sibu