Seorang warga emas berusia 65 tahun mengalami kerugian sebanyak RM210,020 selepas ditipu sindiket Love Scam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Superintendan Annuar Amri Abd Muluf berkata, mangsa bekas jururawat berasal dari Jitra dan berkahwin mula berkenalan dengan suspek menggunakan aplikasi Twoo (Meet New People) sejak Julai 2018 sehingga Julai 2019 sebelum mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
"Suspek telah memperkenalkan diri beliau sebagai Zang Lee Felix yang berasal dari England dan berdarah campuran China dan Korea.
"Suspek juga mendakwa sedang bertugas dengan sebuah syarikat perkapalan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Beliau berkata, suspek berjaya mendapatkan simpati mangsa dengan menipu kononnya dia merupakan seorang duda dan anaknya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di England.
"Selepas berjaya mendapatkan kepercayaan mangsa, suspek mendakwa beliau menghadapi masalah kewangan dalam satu perniagaan pendawaian dan memerlukan sedikit bantuan kewangan.
"Pada permulaannya, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM1,700 ke dalam satu akaun yang diberikan suspek," katanya.
Annuar berkata, selepas satu tempoh, suspek memberitahu perniagaannya semakin menguntungkan dan maju.
Bagaimanapun, mangsa kemudian diberitahu kononnya barangan pendawaian suspek yang sepatutnya dieksport ke luar negara kini telah ditahan oleh kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sehubungan itu katanya, suspek meminta bantuan mangsa untuk melepaskan barangan pendawaian dengan membayar sejumlah wang kepada pihak kastam.
Beliau berkata, atas dasar percaya, mangsa telah membuat pemindahan wang secara dalam talian ke dalam 11 akaun bank yang diberikan suspek.
"Jumlah keseluruhan pindahan wang yang dibuat oleh mangsa berjumlah RM201,020. Kesemua wang ini adalah dari simpanannya sendiri.
"Penipuan ini mula disedari oleh keluarga mangsa apabila mangsa hendak membuat pinjaman peribadi dari bank.
"Pinjaman peribadi ini dipercayai dilakukan untuk memindahkan lebih banyak wang kepada suspek," katanya.
Mangsa kemudian telah membuat laporan polis di Alor Setar pada 1 Ogos 2019 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam masa sama, pihaknya turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan Love Scam.
"Jangan mudah percaya akan pujuk rayu daripada seseorang yang tidak pernah dikenali melalui media sosial.
"Selain itu, jangan terlalu mudah untuk membuat sebarang pindahan wang kepada individu yang hanya dikenali melalui media sosial, terutama kepada mereka yang tidak pernah berjumpa dengan anda," katanya.
Sinar Harian
Sat Aug 03 2019
Menurut polis, mula berkenalan dengan suspek menggunakan aplikasi Twoo (Meet New People) sejak Julai 2018 sehingga Julai 2019 sebelum mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Love Scam: Warga emas ditipu lebih RM200,000
Seorang warga emas berusia 65 tahun mengalami kerugian sebanyak RM210,020 selepas ditipu sindiket Love Scam.