POKOK SENA: Keriuhan dan kekecohan anak-anak meminta juadah itu dan ini di bulan Ramadan kini sudah jauh meninggalkan mereka.
Bahkan, untuk memikirkan tentang selera suami juga sudah tidak wujud lagi.
Ini kerana, momen bersama keluarga dan orang tersayang terpaksa ditinggalkan akibat kesilapan diri sendiri, sekali gus membawa pergi seluruh kebahagiaan yang pernah dinikmati sebelum ini.
Justeru, kehadiran Ramadan bagi banduan wanita adalah beban yang sukar untuk ditanggung mereka.
Wanita mana yang mahu hidup di sebalik tirai besi dan menjalani rutin mengikut ketetapan pihak berkuasa?
Tidak cukup itu, makanan dicatu dan persalinan di tubuh pula hanyalah sepasang seragam!
Lebih menjentik emosi adalah mereka harus berjauhan daripada keluarga sehinggakan detik-detik manis Ramadan sudah tiada erti buat mereka, yang kini bermastautin di Penjara Pokok Sena.
Astro AWANI diberi kesempatan menemui dan mendekati insan yang bernama isteri dan ibu yang terpaksa menyambut Ramadan bersama rakan-rakan senasib.
Suasana haru dapat dirasai sebaik melintasi tembok kebal dan pintu yang membawa kami ke dalam tempat penghuni wanita ini ditahan.
Sebaik melangkahkan kaki, suasana sebak dan mata berkaca apabila melihat insan yang tidak dapat menahan kerinduan diberi kesempatan bertentang mata dan memeluk anggota keluarga yang sekian lama tidak bertemu.
Salah seorang daripada penghuni di situ hanya dikenali dengan panggilan Siti. Dia yang berusia 35 tahun terpaksa menanti hukuman selama 30 tahun berakhir, atas kesalahan menculik di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.
Siti yang sudah sembilan tahun menjalani hukuman penjara merupakan antara 20 penghuni penjara yang diberikan peluang untuk bertemu dengan anak dan keluarga masing-masing sempena Program Jalinan Kasih Ibu dan Anak peringkat penghuni wanita Penjara Pokok Sena anjuran bersama Pejabat Pengarah Negeri baru-baru ini.
Bagi Siti, peluang bertemu suami dan anak-anak menjelang Ramadan sudah cukup menjadi penawar duka bagi mengubat kerinduan, kerana dia sedar peluang sedemikian amat susah untuk diperoleh bagi banduan sepertinya.
“(Sudah tentu) nak sangat beraya, berpuasa bersama-sama (dengan keluarga), tetapi bila di sini (penjara) kita (banduan) kena berpuasa dengan kawan-kawan dengan staff.
“Kalau fikirkan, saya tak mahu fikir sangat benda itu (berpuasa dan beraya di penjara) sebab kalau fikir saya akan jadi stres (tertekan)… bila dalam hukuman kita (tidak boleh) terlalu memikir sebab kita tak mahu gila, jadi saya kena strong (kuat) duduk sini, anggap benda ni satu ujian dekat saya,” kata Siti.
Menurut ibu kepada enam orang anak ini, dia bersyukur kerana dapat melepaskan rindu dengan mencium dan memeluk anak lelakinya yang kini berusia 13 tahun.
Walaupun tidak dapat berjumpa dengan semua anak, namun, Siti menyatakan rasa bersyukur kerana diberikan peluang sedemikian lantaran tempoh hukuman yang perlu dilaluinya masih panjang iaitu berbaki 21 tahun.
Tempoh 30 tahun berada di penjara itu bukanlah singkat, luah Siti.
Demikian juga, kesakitan dan keperitan merindui anak-anak, katanya, sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Namun, Siti berkata, dia perlu kuat untuk meneruskan hidup.
Dia dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan.
“Apabila mahkamah jatuhkan hukuman 30 tahun, saya kemurungan dan tak boleh terima hakikat yang saya kena duduk penjara 30 tahun. Bukannya sekejap, bukan 30 hari... saya ambil masa yang lama... sebulan untuk saya bangun (terima kenyataan),” cerita Siti lagi.
Dia yang berasal dari Kuala Lumpur menjelaskan, dia perlu kuat demi anak-anak dan bersyukur kerana menjalani proses pemulihan yang baik dan sempurna di penjara itu yang mana kakitangan penjara sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Dalam masa sama, dia bagaimanapun, berasa sayu apabila anak-anak menyuarakan kesedihan mereka kerana tidak mendapat belaian dan kasih sayang seorang ibu.
“Tak sama duduk dengan ibu sendiri berbanding duduk dengan orang lain, kasih sayang itu tidak sama. Saya rasa sakit sangat bila anak saya cakap sebab kasih sayang itu… sebab saya pun tak pernah berpisah dengan anak saya cuma dulu saya berpisah dengan anak sebab saya kerja.
“Tapi bila saya kena tangkap, saya juga kena terima hakikat sebab anak masih kecil,. Anak ada cakap dia belajar cemerlang dan cerita pengalaman dia dekat luar tak ada ibu bila raya saya sedih sangat,” luah Siti.
RINDU ANAK-ANAK
Bagi seorang lagi penghuni yang hanya dikenali Ika, 26, terpaksa menjalani hukuman selama lima tahun atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 39 (C).
Selepas 11 bulan berada di sebalik tembok besi ini, setiap kali bulan puasa dia merindui untuk membawa anak-anaknya ke Bazar Ramadan dan membeli juadah yang menjadi kegemaran.
“Bawa anak-anak ke Bazar Ramadan yang sangat saya rindu. Saya tak pernah ajar anak-anak saya susah bila duduk dengan saya, tapi bila saya tak ada, saya fikir juga takut mereka susahkan tok (nenek) mereka,” kata Ika.
Menurut Ika, segala peraturan dan bimbingan di penjara banyak memberi keinsafan dan membentuk dirinya untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.
Ibu kepada tiga orang anak ini juga terkilan kerana tidak dapat menguruskan persekolahan anak-anaknya pada penggal baharu persekolahan yang bermula Ahad lalu.
“Saya lebih terkilan sebab saya tak boleh hantar mereka ke sekolah tahun ini… selalu saya yang daftar. Saya cakap dengan mereka janji dengan ibu tunggu ibu balik janji dengan ibu pi sekolah dengar cakap tok,” ujarnya.
Seorang lagi penghuni yang dikenali sebagai Kina, 28, pula meluahkan rasa gembira kerana dapat bertemu suami dan dua anak lelaki berusia empat dan enam tahun setelah dua tahun di penjara atas kesalahan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan penderaan.
Kina yang berasal dari Johor sebak menceritakan apabila dia berada di dalam penjara dia dapat menunaikan hasrat ayahnya untuk menjadi seorang ustazah.
Ibu kepada dua cahaya mata ini pernah memenangi johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Dan Nasyid peringkat penghuni penjara seluruh negara pada tahun lalu juga menyifatkan sebagai hadiah untuk arwah bapanya.
“Impian arwah ayah saya dia nak saya jadi soerang ustazah, tapi benda itu tak kesampaian sebab lepas saya habis SPM, ayah saya meninggal (dunia).
“Untuk menyara hidup saya terpaksa kerja dan menyara keluarga saya. Lepas tiga tahun bekerja, saya berkahwin jadi harapan ayah tidak dapat saya lunaskan dan saya ambil pendekatan lepas pulih daripada kemurungan yang saya hadapi dekat sini (penjara) saya mulakan balik amalan-amalan baik.
“Dengan niat walaupun ayah saya tak dapat tengok, saya berdoa dia aman dan tenteram di alam barzakh,” cerita Kina.
Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Kedah, Abdul Kadir Jailani Ismail berkata, program itu dijalankan bagi memastikan hubungan seorang ibu dengan anak tidak terputus di sebalik tirai besi.
“Mereka telah melakukan kesalahan, masyarakat masih menyayangi mereka, keluarga juga masih menyayangi mereka dan mereka merupakan aset kepada negara.
“Akhirnya secara tidak langsung mereka tidak akan kembali lagi untuk terlibat dengan dadah ataupun jenayah dan di sini bermulanya ketamadunan manusia seperti mana kita nak melihat ketamadunan negara lihatlah bagaimana ketamadunan mereka melayani banduan.
“Jadi hari ini, kita lihat walaupun mereka telah melaku kesalahan kita masih lagi memberi peluang untuk mereka berjumpa dengan keluarga dan anak-anak dan ini yang akan memberi kekuatan dan keyakinan buat mereka untuk berubah menjadi insan yang berguna,” kata Abdul Kadir.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Mar 25 2023
Di sebalik tembok kebal Penjara Wanita Pokok Sena, Kedah ini, ada yang terpaksa menerima hakikat mereka perlu meninggalkan orang tersayang akibat kesilapan diri sendiri. - Astro AWANI
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Adab di pagi 1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
Teh panas jadi hidangan tradisi selepas Tarawih di Pakistan
Tradisi berkumpul untuk "chai dan gup shup" bukan sahaja terhad di Quetta tetapi kelaziman di kebanyakan bandar utama di Pakistan.
Ramadan dan Syawal menggamit rindu perantau
Bulan Ramadan di perantauan mempunyai cabaran tersendiri terutamanya perlu berpuasa untuk tempoh yang panjang.
Empat beranak tinggal dalam bangsal, tiada persiapan Aidilfitri
Sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Seberang Perai Utara, namun disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah.
Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM
Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa.
Baju raya mahal: Keperluan atau kehendak nafsu?
Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi.
Kuota internet tambahan percuma sempena Aidilfitri
Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Aidilfitri: Lebih 3 juta kenderaan dijangka masuk Perak
Lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjelang sambutan Aidilfitri.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
PDRM beri diskaun khas semua saman, hanya bayar RM50 - PM Anwar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.