IPOH: Lorong kanan di antara di KM273.3 dan KM272.2 di jajaran antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan yang ditutup sebelum ini, telah dibuka semula jam 5:30 pagi ini.
Ia berikutan kerja-kerja membaik pulih lubang benam (sinkhole) di lokasi berkenaan telah siap dijalankan, menurut kenyataan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini.
“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut,” katanya.
Pada masa sama, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati terutamanya pada musim hujan yang melanda ketika ini.
Untuk maklumat terkini mengenai perkembangan trafik di lebuh raya, sila rujuk @PLUSTrafik Twitter, aplikasi PLUS Mobile dan papan tanda elektronik PLUS di sepanjang lebuh raya.
Pengguna juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan.
Pada Selasa, lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan di sini, ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan susulan kejadian lubang benam.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Dec 23 2021
Pada Selasa, lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan susulan kejadian lubang benam. - Foto fail/Google Map
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Tiada harapan temui nenek jatuh dalam lubang benam masih hidup - Polis AS
Perkhidmatan kecemasan di negeri Pennsylvania, merasakan tiada harapan untuk menemukan seorang nenek yang terjatuh ke dalam lubang benam.
Lubang enam meter di Jalan Lojing-Gua Musang sedang dibaiki - Polis
Sebuah lubang sedalam enam meter yang berlaku di Jalan Lojing-Gua Musang di Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini sedang dibaiki, kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo.
Kerja baiki lubang benam depan Balai Polis Ayer Keroh ambil masa tiga hari
Kejadian mendapan jam 3 pagi di Jalan TU2, Taman Tasik Utama disedari pihak balai polis berdekatan dan kerja-kerja pembaikan segera dilakukan.
Kerja baiki lubang benam ambil masa seminggu, IWK siasat punca kejadian
Kerja-kerja pembaikan paip IWK yang pecah hingga menyebabkan insiden lubang benam di Bayan Lepas, dijangka akan mengambil masa tujuh hari.
Kebocoran paip IWK punca lubang benam di Pantai Jerejak
Insiden lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak dekat sini hari ini berpunca daripada kebocoran paip Indah Water Konsortium (IWK).
Lubang benam: Hasil penuh siasatan dalam peringkat akhir penelitian
Kedua-dua laporan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dahulu sebelum sebarang keputusan diambil sama ada untuk mendedahkannya kepada umum.
Lubang benam berlaku di Persiaran Gurney
Insiden lubang benam berlaku di Jalan Persiaran Gurney, di sini hari ini disebabkan sebuah lori membawa muatan bata melalui kawasan jajaran paip kumbahan yang baru dibina oleh pihak kontraktor.
MAHB sahkan insiden lubang benam, tiada kerosakan harta awam dilaporkan
MAHB telah menutup kawasan tersebut dan sedang melakukan penilaian terhadap insiden itu.
Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA
Anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.
Ada paip pecah di Jalan Sultan Ismail, bukan lubang benam - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan berlaku tanah mendap atau lubang benam di Jalan Sultan Ismail seperti tular di media sosial.