KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua 75 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang menyokong usul Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Beliau berkata kelulusan rang undang-undang itu dengan sokongan semua ADUN yang hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam memperlihatkan wakil rakyat negeri berkenaan mengamalkan prinsip mesyuarat ke arah mendapat keputusan demi kepentingan rakyat dan negeri itu.
Menurut Hajiji pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu kerana ia perlu diserah dan diteliti oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
"Syukur sidang DUN sudah selesai diadakan dan saya juga bersyukur dan berterima kasih kerana pindaan antilompat parti mendapat sokongan semua pihak. Dengan lulusnya pindaan Perlembagaan itu, maka kita tidak perlu lagi susah hati mengenai adanya ADUN yang akan melompat (parti) pada masa akan datang.
"Ini selaras dengan undang-undang antilompat yang diperkenalkan di peringkat Persekutuan," katanya pada sidang media selepas persidangan itu di Bangunan DUN Sabah di sini semalam.
Usul rang undang-undang itu dibentangkan Hajiji semalam mendapat sokongan 75 ADUN manakala empat ADUN tidak hadir pada bacaan ketiga.
Pada bacaan kedua undi belah bahagi untuk Fasal 2 rang undang-undang itu menyaksikan 61 ADUN yang bersetuju Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri digugurkan, 14 ADUN tidak bersetuju manakala empat ADUN tidak hadir.
Perkara 6(7) merujuk sebuah parti politik yang memenangi kerusi majoriti pada pilihan raya, ketua parti itu merupakan seorang ADUN Sabah yang mempunyai kemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.
Sabah mempunyai seramai 79 ADUN dengan 73 daripadanya dipilih manakala enam dilantik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
Hajiji (kiri) bersama Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya sebelum masuk ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu, 25 Mei 2023. --fotoBERNAMA
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
RUU Antilompat Parti: PH setuju rujuk pindaan Perlembagaan ke Jawatankuasa Pilihan Khas
Pindaan Perlembagaan dan RUU Antilompat Parti yang dipersetujui kedua-dua pihak akan dibentang dan diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen sebelum penghujung bulan Mei 2022.
RUU Antilompat Parti: Pejuang tidak tolak namun perlu kajian mendalam - Tun Mahathir
Kata Tun Mahathir, hasil kajian berkenaan amat diperlukan semua pihak agar dapat mengelakkan pelbagai pertikaian kelak sekiranya RUU itu diluluskan.