Malaysia sudah memaklumkan kepada kerajaan Belanda untuk menganggotai semua jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyiasat segala aspek berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penglibatan dalam jawatankuasa itu penting bagi memastikan segala maklumat terperinci berhubung nahas itu diperoleh.
"Penyiasatan bukan saja membabitkan punca kejadian tetapi juga jenayah yang dilakukan. Kita juga sudah maklumkan kepada pihak Belanda apa sahaja jawatankuasa yang diwujudkan, kita mahu menjadi sebahagian daripadanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau antara menteri yang menyertai Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang mencemar duli menziarahi keluarga mangsa MH17 di hotel penginapan mereka.
Sementara itu, Liow berkata pihaknya akan sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan pakar patalogi di Belanda supaya mendapat maklumat mengenai sebarang perkembangan terbaharu MH17.
Katanya mayat atau jenazah mangsa nahas pesawat rakyat Malaysia juga dijangka akan dibawa pulang secara berperingkat jika proses mengenal pasti identiti mayat mengambil masa yang panjang.
"Ia bergantung kepada tempoh penyiasatan dan pengecaman yang dilakukan kerajaan Belanda. Jika masa pendek diperlukan, ia akan dibawa sekali gus. Jika mengambil masa lama, mungkin penghantaran akan dipecahkan kepada beberapa peringkat," kata beliau.
Ketika ditanya pengalaman di Ukraine, Liow berkata semua pihak berada dalam keadaan tertekan kerana fokus utama mereka adalah untuk mengeluarkan mayat mangsa supaya dapat diserahkan kepada keluarga.
"Ia satu perasaan yang amat mendesak bagi negara kita untuk mengeluarkan mayat dan membolehkan penyiasat kita masuk ke kawasan nahas. Ini dua cabaran yang besar dan memang saya ketika pertama sampai ke Ukraine memang keadaan tidak menentu," katanya.
Bagaimanapun bantuan pelbagai pihak termasuk berjumpa Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) akhirnya membuahkan hasil kerana membantu pasukan Malaysia untuk masuk dari sebelah Kiev ke Kharkiv sebelum ke Donestk.
"Pada masa sama kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha melakukan rundingan untuk membolehkan pasukan kita masuk ke Donestk bagi membawa keluar mayat dan mengambil kotak hitam," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Belanda kerana sentiasa memberi kerjasama dan sokongan.
Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200 bersama 298 penumpang dan anak kapal terhempas, dipercayai akibat ditembak, di Donetsk, timur Ukraine, Khamis lepas.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Bernama
Sat Jul 26 2014
LIOW: Penglibatan dalam jawatankuasa itu penting bagi memastikan segala maklumat terperinci berhubung nahas itu diperoleh.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.