KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat kerugian bersih sebanyak RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2020 (TK20) berbanding keuntungan bersih RM537.04 juta pada tahun sebelumnya.
Perolehan hasil turut berkurangan kepada RM1.87 bilion pada TK20 berbanding RM5.21 bilion sebelum ini susulan impak global pandemik COVID-19 selain pelaksanaan sekatan pergerakan yang berlanjutan di Malaysia serta luar negara.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, pengendali lapangan terbang itu berkata hasil operasi lapangan terbang merosot sebanyak 83.2 peratus tahun ke tahun kepada RM215.2 juta bagi tempoh suku keempat 2020 manakala sumbangan hasil segmen aeronautikal juga susut sebanyak 85.2 peratus tahun ke tahun kepada RM109.7 juta.
Selain itu, hasil yang diraih oleh segmen bukan aeronautikal berkurangan sebanyak 80.6 peratus tahun ke tahun kepada RM105.5 juta, terutamanya disebabkan oleh rebat sewaan yang dijadikan sebahagian daripada program bantuan untuk penyewa dan syarikat penerbangan.
Perolehan hasil operasi bukan lapangan terbang pula berkurangan sebanyak 20.8 peratus atau RM12.7 juta berikutan penyusutan hasil daripada perniagaan perhotelannya.
MAHB yang turut mengendalikan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Turki, berkata aliran trafik penumpang bagi operasi di Malaysia mencatat kemerosotan sebanyak sebanyak 92.3 peratus tahun ke tahun kepada sejumlah 2.1 juta penumpang manakala trafik penumpang bagi operasi di Turki susut 47.2 peratus kepada 4.7 juta penumpang.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata syarikat itu telah mengekalkan kecemerlangan operasi sepanjang tahun lepas walaupun melaksanakan langkah-langkah pengawal kos secara ketara.
"Sepanjang tahun tersebut, kumpulan ini secara agresif telah bertindak mengurangkan perbelanjaan dan mencapai pengurangan jumlah kos sebanyak 36.3 peratus yang diterjemah dalam bentuk simpanan bernilai RM1.15 bilion, sekali gus melepasi sasaran 20.0 peratus," katanya.
Mohd Shukrie juga menyifatkan usaha pengedaran vaksin COVID-19 di serata dunia sejak Disember 2020 turut memberi harapan bagi pemulihan industri perjalanan udara.
Malaysia dan Turki misalnya telah memulakan fasa pertama program vaksinasi masing-masing pada bulan ini dan Januari lepas.
"Usaha positif lain yang turut dilaksanakan adalah Gelembung Perjalanan Laluan Hijau Timbal Balik/ Aturan Koridor Perjalanan (RGL/TCA) antara Malaysia dan Indonesia serta program Sijil Pelancongan Selamat yang diperkenalkan oleh kerajaan Turki.
"Sejajar dengan tumpuan kumpulan memastikan kecemerlangan operasi dan keselamatan berterusan, usaha sedemikian akan memberi impak positif kepada industri pelancongan dan menyumbang kepada pemulihan secara beransur-ansur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021
Perolehan hasil turut berkurangan kepada RM1.87 bilion pada TK20 berbanding RM5.21 bilion sebelum ini susulan impak global pandemik COVID-19.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Perjanjian operasi baharu MAHB dan kerajaan kukuhkan prospek pendapatan - Penganalisis
Perjanjian operasi (OA) antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerajaan yang dimeterai baru-baru ini dilihat dirancang dengan baik untuk melindungi pendapatan dan aliran tunai MAHB.
MoT sasar siapkan projek Aerotren KLIA menjelang akhir tahun ini - Loke
Beliau berkata, projek berkenaan sedang dilaksanakan memandangkan kontrak itu telah dirundingkan semula dan konsortium yang menjalankan projek itu telah ditubuhkan.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
MAHB dijangka jana hasil tinggi daripada semakan semula dasar PSC - HLIB
HLIB yakin ia akan beri impak positif kerana ia menambah baik aliran tunai dan membolehkan perbelanjaan modal perbelanjaan lebih tinggi.
Untung bersih Malaysia Airports melonjak kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (tahun kewangan 2023) daripada RM187.20 juta pada tahun kewangan 2022 d
MAHB terima lima syarikat penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia pada Januari, Februari 2024
Antara syarikat penerbangan itu ialah Air Macau, Loong Air, Turkmenistan Airlines dan Iraqi Airways.
MAHB jangka banyak syarikat penerbangan teroka pasaran Malaysia menjelang suku pertama 2025
MAHB menjangkakan lebih banyak syarikat penerbangan meneroka pasaran industri penerbangan Malaysia di antara suku keempat 2024 dan suku pertama tahun depan.
Pembuat keputusan syarikat penerbangan manfaatkan peluang di Routes Asia 2024
Routes Asia 2024 menghimpunkan lebih 900 pembuat keputusan daripada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan destinasi.
Sektor penerbangan melonjak 9.1 peratus dalam operasi udara - MAHB
Peningkatan ini juga menghasilkan sambungan mantap ke sejumlah 147 destinasi, merangkumi 113 antarabangsa dan 34 domestik, kata MAHB.