Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menemui kaedah baharu penyelenggaraan, menggunakan suntikan penurapan untuk menggantikan pemasangan papak konkrit bagi jalan rayap dan kawasan parkir
pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia) di Sepang.
MAHB dalam satu kenyataan berkata penurapan akan dilakukan di lokasi terjejas pada bulan lepas sebagai sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan.
"Kaedah baharu ini tidak akan melibatkan kerja-kerja penggalian terbuka dan dengan itu, kurang gangguan kepada operasi lapangan terbang," katanya.
MAHB berkata 54 lokasi memerlukan penyelesaian jangka panjang bagi menangani
masalah tanah di KLIA2, terutamanya di jalan rayap (12 lokasi) dan tempat parkir pesawat (42 ruang).
"Pada 31 Okt, 35 lokasi telah dipasang dengan papak konkrit, manakala 19 lokasi yang tinggal akan diselenggara dengan penurapan kaedah suntikan, " katanya.
Bagaimanapun, ia berkata jadual kerja tidak berubah dan kerja-kerja bagi baki lokasi akan siap pada April tahun depan seperti yang dilaporkan.
Beliau berkata kerja-kerja lapisan turapan melibatkan 19 peratus daripada jumlah keseluruhan 1.48 juta meter persegi kawasan lapangan terbang klia2 dan sehingga 31 Okt, 84 peratus daripada kerja itu telah selesai.
"Peratusan kawasan yang akan diselenggara dengan kerja-kerja lapisan turapan akan berkurangan dari masa ke masa daripada 19 peratus pada 2015, kepada lima peratus menjelang 2019.
MAHB berkata syarikat menghargai penglibatan semua pihak berkepentingan melalui Jawatankuasa Pemeriksaan Bersama yang bermesyuarat secara tetap dan menjalankan pemeriksaan mingguan dengan semua pihak yang berkaitan, termasuk syarikat penerbangan.
Bernama
Sat Nov 07 2015
MAHB akan menggunakan suntikan penurapan untuk menggantikan pemasangan papak konkrit bagi jalan rayap dan kawasan parkir pesawat.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Warga Itali didakwa curi ubat di premis penjagaan kesihatan, kecantikan di KLIA T2
Maurizio Losi mengangguk faham di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Rusuhan Bangladesh: Pesawat AirAsia AK76 bawa rakyat Malaysia tiba di KLIA2
Pesawat AirAsia yang membawa rakyat Malaysia dari Dhaka, Bangladesh telah selamat tiba di Terminal 2, KLIA2, Sepang dari Dhaka, Bangladesh pada jam 4.56 petang, Selasa.
Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2
Dua lelaki berhadapan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.85 kilogram bulan lepas.
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.
Guna Toyota Vellfire milik isteri buat 'ulat' di KLIA 2
Dipercayai pemandu itu menggunakan taktik memujuk dan merayu sebelum mengenakan cas bayaran tambang sebanyak RM180 kepada penumpang.
11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang
Setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.
Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.
JPJ tahan dua 'ulat' di KLIA2
Siasatan awal mendapati pemandu itu menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dengan mengenakan tambang kepada pelancong asing antara RM100 hingga RM150 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur.
JPJ sita kenderaan 'ulat' di KLIA2
Operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.