KUALA LUMPUR: Pergerakan penumpang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi rangkaian lapangan terbangnya berjumlah 7.8 juta penumpang pada Julai 2022, bersamaan dengan 62.2 peratus paras seperti sebelum pandemik.
MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Malaysia merekodkan 4.8 juta keseluruhan pergerakan penumpang, dengan sektor antarabangsa mencatatkan jumlah tertinggi baharu seramai 1.6 juta penumpang sejak pandemik bermula dan sektor domestik kekal dengan jumlah di atas 3.0 juta.
"Pergerakan penumpang antarabangsa melebihi paras 3.0 juta buat pertama kalinya pada Julai sebanyak 3.1 juta penumpang, dipacu oleh tempoh cuti musim panas dan musim haji serta lebih banyak penyambungan semula laluan oleh syarikat penerbangan," kata pengendali lapangan terbang itu.
MAHB juga berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mengalu-alukan penyambungan semula penerbangan Air Busan dari Busan, Korea Selatan dengan penerbangan tiga kali seminggu, penerbangan harian AirAsia ke Singapura dan tiga penerbangan seminggu ke Don Mueang.
"Batik Air dan AirAsia juga memulakan semula perkhidmatan penerbangan harian dari Kuala Namu, Medan dan penerbangan dua kali seminggu ke Cam Ranh masing-masing dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)," katanya.
Selain itu, MAHB berkata, KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) telah disenaraikan sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia dalam kaji selidik terbaharu Airport Service Quality (ASQ) bagi suku kedua 2022.
"KLIA berkongsi pencapaian itu dengan tujuh lapangan terbang lain dalam kategori 40 juta penumpang setahun dan LGK merupakan satu-satunya lapangan terbang yang memperoleh skor penuh dalam kategori 2.0-5.0 juta penumpang setahun.
"Pencapaian ini merupakan bukti kepada komitmen berterusan MAHB bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan dan operasi," katanya.
Sementara itu, MAHB berkata, lebih tiga juta jumlah pergerakan penumpang direkodkan di Istanbul SGIA pada Julai 2022. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Pergerakan penumpang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi rangkaian lapangan terbangnya berjumlah 7.8 juta penumpang pada Julai 2022, bersamaan dengan 62.2 peratus paras seperti sebelum pandemik. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
Kos keseluruhan pembesaran LTAPP dianggar RM1.55 bilon, hampir keseluruhan dibiayai MAHB
Kos keseluruhan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dianggarkan RM1.55 bilion dengan hampir keseluruhannya akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Firma kajian positif tawaran RM11 sesaham untuk swastakan MAHB adalah terbaik
Pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada sumber dan visi pemberi tawaran bersama untuk pertumbuhan mampan, menjadikan cadangan itu menarik.
Kekejaman Zionis: Tidak banyak negara lantang seperti Malaysia - PM Anwar
Janganlah menggesa kerajaan membuat lebih daripada itu kerana menurutnya, semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, mereka juga tidak berbuat demikian.
MAHB catat 36.1 juta pergerakan penumpang dalam suku ketiga
Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 36.1 juta pergerakan penumpang pada suku ketiga 2024.
Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.
MAHB sahkan insiden lubang benam, tiada kerosakan harta awam dilaporkan
MAHB telah menutup kawasan tersebut dan sedang melakukan penilaian terhadap insiden itu.
Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA
Anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.
Trafik penumpang antarabangsa Lapangan Terbang Subang pada Ogos naik 25 peratus
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Subang (SZB) mencatat peningkatan trafik penumpang antarabangsa sebanyak 25 peratus pada Ogos 2024.