PUTRAJAYA: Ahli perniagaan J.R Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal dalam usaha mereka untuk mengembalikan semula saman yang difailkan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan tiga syarikat.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Datuk Nallini Pathmanathan sebulat suara menolak permohonan semakan oleh Deepak, J. Rajesh dan Carpet Raya Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang tidak memberi kebenaran kepada mereka untuk mendengar merit rayuan mereka bagi mengembalikan semula tiga saman terhadap defendan.
Dalam penghakimannya, Nallini berkata, kebenaran tidak sepatutnya diberikan untuk perkara itu didengar semula.
"Tiada kesilapan di pihak panel hakim sebelum ini yang tidak memberikan kebenaran kerana panel itu tidak bertindak melebihi bidang kuasanya.
"Oleh itu, kami menolak permohonan untuk semakan," katanya ketika menyampaikan keputusan dalam talian.
Nallini bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Zabariah Mohd Yusof yang turut memerintahkan Deepak, Rajesh dan syarikat mereka membayar kos RM100,000 kepada defendan.
Ketiga-tiga mereka memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Mei yang menolak permohonan mereka untuk mendengar merit rayuan bagi mengembalikan semula tiga saman mereka terhadap Najib, Rosmah, Abdul Azeez, Bakti Wira Development Sdn Bhd, Boustead Holdings Berhad dan Cebur Megah Development Sdn Bhd.
Ini berikutan tiga saman itu dibatalkan oleh dua hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.
Mahkamah Persekutuan kemudiannya menolak permohonan kebenaran mereka untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Deepak, Rajesh dan Carpet Raya memfailkan saman terhadap Bakti Wira Development Sdn Bhd, Najib, Rosmah dan Boustead Holdings Berhad berhubung perjanjian tanah yang didakwanya menyebabkan kerugian besar kepada syarikatnya.
Deepak juga memfailkan satu lagi saman terhadap Najib, Rosmah dan Abdul Azeez dan satu lagi tindakan undang-undang terhadap Cebur Megah Development Sdn Bhd. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Deepak Jaikishan (kanan) dan dua lagi gagal dalam usaha mereka untuk mengembalikan semula saman yang difailkan terhadap Najib, Rosmah Mansor, Abdul Azeez dan tiga syarikat. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Budak 8 tahun gigit ular tedung hingga mati
Ular itu sempat menggigit tubuh Deepak sebelum budak tersebut menggigitnya.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Deepak kembalikan saman terhadap Najib, Rosmah, empat lagi
Deepak, Rajesh dan syarikat diperintah membayar kos RM100,000 kepada defendan.
Mahkamah Rayuan kekal keputusan batal saman Deepak terhadap Najib, Rosmah
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak rayuan Deepak Jaikishan, yang memutuskan tiada merit dalam rayuannya.
PAS gesa Bank Rakyat jawab skandal pinjaman RM32 juta didakwa 'diluluskan' oleh menteri
PAS gesa Bank Rakyat jawab skandal pinjaman RM32 juta daripada seorang ahli perniagaan yang didakwa diluluskan oleh seorang menteri kabinet.