KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 11 Jan depan untuk membuat keputusan kes rasuah bekas majistret yang menghadapi enam pertuduhan meminta dan menerima suapan daripada seorang peniaga, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan tarikh itu semalam selepas mendengar hujahan di akhir kes pembelaan dalam kes melibatkan tertuduh Mohamad Amin Shahul Hamid, 40, yang sebelum ini berkhidmat di mahkamah di Lipis dan Raub.
Tertuduh didakwa meminta suapan berjumlah RM100,000 dan menerima suapan bernilai RM110,000 daripada Hassan Basri Ahmad Sutan Modo di sekitar Lipis dan Raub antara 5 Julai hingga 22 Okt 2019.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh hanya mengenakan denda dan tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Hassan Basri yang didakwa memiliki rokok seludup semasa kes itu didengar di hadapan tertuduh.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 9 Ogos lepas, mahkamah selepas mendengar keterangan 15 saksi pendakwaan memerintahkan tertuduh membela diri terhadap semua pertuduhan dan tertuduh memilih memberi keterangan secara bersumpah tanpa mengemukakan saksi lain bagi menyokong pembelaannya.
Pada prosiding itu, peguam RSN Rayer yang mewakili tertuduh berhujah terdapat keraguan dalam kes itu apabila pihak pendakwaan tidak mengemukakan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan bukti penting bagi menyokong dakwaan anak guamnya menerima wang berkenaan.
"Jika pendakwaan mengambil langkah memainkan rakaman audio, mengapa tiada rakaman CCTV sedangkan pihak penyiasat sudah bersusah payah memasang CCTV di lokasi kejadian. Bukankah rakaman CCTV bukti terbaik? Kegagalan berbuat demikian seharusnya memberikan manfaat keraguan kepada tertuduh," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Wan Shaharuddin Wan Ladin membalas dengan menyatakan tiada keperluan mengemukakan rakaman CCTV kerana kes mereka disokong keterangan ramai saksi.
Ini, menurut Wan Shaharuddin berdasarkan keterangan mangsa selaku saksi pendakwaan ke-15 yang mengesahkan ada menyerahkan wang dan beberapa saksi dari SPRM yang melihat tertuduh masuk ke kedai mangsa dan keluar dengan sebuah beg.
"Tidak ada satu pun cadangan dikemukakan kepada saksi pendakwaan sebelum ini bahawa tertuduh ke kedai itu untuk membeli air pada hari kejadian sedangkan ada banyak peluang sejak awal untuk berbuat demikian.
Selain itu, pihak pendakwaan juga telah mengemukakan log panggilan nombor telefon tertuduh dan saksi pendakwaan ke 15 saling berhubung maka berbohonglah jika tertuduh mengatakan dia tiada hubungan dengan mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Mohamad Amin Shahul Hamid didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Pekerja swasta didakwa jual rumah tanpa lesen
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Menara HSC di Wangsa Maju di sini pada 23 Mei 2019.
Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Tertuduh, Mohd Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pemilik spa sediakan perkhidmatan klinik swasta haram didenda RM30,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM30,000 ke atas seorang pemilik spa kerana menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan, tahun lepas.
Juruteknik dipenjara enam bulan, denda RM12,000 hina kalimah Allah
Wai Loong hanya menjadi keyboard warrior serta tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam.
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
CEO syarikat telekomunikasi didakwa tipu penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta
Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan menipu berhubung penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta, tiga tahun lepas.
Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah
K. Thiviyen Raj, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hakim Azrul Darus.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Mac 2024.