Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa persidangan Parlimen selama sehari pada 18 Mei lalu adalah sah dan mengikut undang-undang walaupun ia bukan normal dan tidak pernah berlaku sebelumnya, demi mengelak penularan wabak COVID-19.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu setelah menolak saman pemula yang dikemukakan peguam, R. Kengadharan dan seorang aktivis sosial, D. Arumugam terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof bagi mengisytiharan bahawa persidangan sehari Parlimen itu tidak mengikut Perlembagaan.
"Saya akui bahawa persidangan itu luar biasa dan belum pernah terjadi sebelum ini, tetapi pada pandangan saya, ia bukan sesuatu yang salah, malah ia sah di sisi undang-undang," katanya.
Ahmad Kamal berkata dua pucuk surat dari ketua pemimpin Dewan iaitu perdana menteri, (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bertarikh 17 April dan 12 Mei yang telah menetapkan 18 Mei untuk berlangsungnya persidangan sehari Parlimen bagi mendengar titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengenai bahaya wabak COVID-19, adalah patut dan munasabah.
Hakim Ahmad Kamal berkata keputusan kerajaan untuk mengadakan sidang sehari Parlimen adalah munasabah dan sah memandangkan kerajaan mempunyai kuasa dan berhak melindungi nyawa Ahli Parlimen daripada risiko wabak COVID-19, mengelak wujudnya kluster baharu dan penyebaran virus COVID-19.
Pada 15 Mei, Kengadharan dan Arumugam memfailkan saman tersebut dengan menamakan Muhyiddin dan Mohamad Ariff sebagai defendan pertama dan kedua masing-masing antara lain memohon satu deklarasi bahawa sidang Parlimen pada 18 Mei itu adalah batal dan tidak sah kerana ia hanya mendengar titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, oleh itu bercanggah dengan Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Mereka mendakwa sidang itu sekadar wayang kerana tidak terdapat acara penting lain yang berlangsung seperti dinyatakan di bawah Peraturan Mesyuarat 14 Dewan Rakyat.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin, dalam afidavit yang difailkan bagi pihak Muhyiddin dan Mohamad Ariff, berkata sidang Parlimen pada 18 Mei adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Menurut Nizam Mydin, permohonan kedua-dua plaintif tidak mempunyai merit kerana kesahihan mana-mana prosiding tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah seperti yang termaktub di bawah Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Pada 13 Mei, Mohamad Ariff dalam satu kenyataan menyebut bahawa beliau telah menerima surat pemberitahuan yang ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis menyatakan bahawa kerajaan telah memutuskan agenda bagi Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Parlimen ke-14, yang akan berlangsung selama sehari, telah dipinda untuk memberi fokus hanya kepada Titah Ucapan Diraja.
Beliau berkata ini berikutan pandemik COVID-19 dalam negara belum berakhir sepenuhnya.
Hakim Ahmad Kamal, dalam penghakiman setebal 16 muka surat berkata mahkamah juga mendapati bahawa ketua perwakilan majlis mesyuarat Dewan yang juga Perdana Menteri negara ini, pastinya telah mengambil semua pertimbangan yang sewajarnya misalnya mendapatkan laporan daripada pakar, dokumen dan maklumat yang berkaitan status terkini wabak yang telah dikemukakan kepada beliau oleh agensi kerajaan dan pakar terlibat terutamanya pakar kesihatan, sebelum mengeluarkan dua surat itu kepada Setiausaha Dewan Rakyat.
Katanya, mahkamah tidak setuju dengan pertikaian plaintif yang menyatakan bahawa persidangan sehari sidang Parlimen itu kerana wabak COVID-19, hanyalah untuk menutup kelemahan.
"Plaintif menyatakan bahawa badan perundangan di United Kingdom, Singapura dan Kanada telah bersidang untuk meluluskan undang-undang yang diperlukan berikutan wabak pandemik COVID-19.
“Saya berpendapat bahawa setiap negara di dunia sedang berdepan situasi dan cabaran tersendiri dalam menghadapi wabak berkenaan, maka setiap kerajaan mempunyai cara, strategi dan penyelesaiannya sendiri dalam menangani keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.
"Saya juga berpendapat bahawa persidangan sehari itu tidak melanggar doktrin perasingan kuasa atau menghalang Parlimen menjalankan tugas-tugas eksklusifnya mengikut Perlembagaan," kata hakim.
Hakim seterusnya menjelaskan bahawa alasan atau justifikasi yang diberikan oleh kerajaan, berkaitan isu pandemik COVID-19 misalnya, adalah munasabah untuk mengelak isiko penularan COVID-19 demi mencegah kewujudan kluster baharu.
"Pada pandangan saya, jika alasan untuk mengadakan persidangan sehari itu adalah munasabah, maka mahkamah tidak akan masuk campur dengan keputusan kerajaan itu," tambahnya.
Hakim Ahmad Kamal berkata, persidangan sehari Dewan Rakyat juga memenuhi kriteria dalam Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa Dewan akan bersidang tidak lebih dari enam bulan dari persidangan terakhir.
"Dalam kes ini, Parlimen tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari persidangan terakhir, misalnya pada 19 Dis tahun lalu. Saya juga berpendapat bahawa kerajaan mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk (mengadakan sidang Parlimen) walaupun selama satu hari, selagi ia dalam tempoh enam bulan daripada tarikh persidangan terakhir,” tambahnya.
Ahmad Kamal berkata mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 11 (2), adalah menjadi tanggungjawab ketua majlis mesyuarat Dewan yang juga Perdana Menteri untuk menentukan tarikh persidangan Parlimen dan mengubahnya dari semasa ke semasa sehingga dimuktamadkan.
Beliau juga berkata bahawa urusan menetapkan tarikh dan menentukan urutan mesyuarat adalah sebahagian daripada proses Dewan Rakyat dan urusan persidangan merupakan sebahagian daripada tugas Parlimen dan mempunyai imuniti daripada campur tangan badan kehakiman.
"Saya juga berpendapat bahawa meskipun persidangan sehari itu tidak mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, ia tidak dianggap melanggar Aturan Mesyuarat atau melanggar Perlembagaan," kata hakim sambil menambah bahawa permohonan oleh plaintif itu tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.
“Oleh demikian, mahkamah menolak permohonan plaintif,” kata hakim.
Sementara itu, Kengadharan dan Arumugam, yang diwakili oleh peguam Datuk Bastian Vendargon, ketika ditemui di luar mahkamah berkata mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan S. Narkunavathy mewakili defendan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
Hakim Ahmad Kamal berkata keputusan kerajaan untuk mengadakan sidang sehari Parlimen adalah munasabah dan sah memandangkan kerajaan mempunyai kuasa. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.