IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kebenaran oleh M. Indira Gandhi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap ketua polis negara (KPN) dan pegawai bawahannya atas dakwaan kegagalan mendapatkan semula anak perempuannya, Prasana Diksa.
Pesuruhjaya Kehakiman Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran memulakan prosiding berkaitan dakwaan kegagalan menangkap bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah serta memulangkan anak perempuan yang diambil lelaki mualaf itu, 13 tahun lepas.
"Permohonan ditolak selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan tiada perintah untuk kos," katanya.
Indira yang hadir bersama peguam L. Pavitra ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan memfailkan rayuan bagi memohon kebenaran memulakan prosiding itu di Mahkamah Rayuan.
Indira memfailkan saman pada 28 Okt 2020 dan menamakan KPN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta kerajaan sebagai defendan pertama hingga keempat.
Pernyataan tuntutan Indira, 47, mendakwa KPN dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus Mahkamah Persekutuan kerana gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan anaknya, Prasana, yang kini berusia 14 tahun.
Beliau mendakwa kesemua defendan juga berperanan membuat keputusan atau memberikan arahan kepada PDRM bagi melaksanakan waran komital terhadap bekas suaminya itu seperti diarah oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016.
Plaintif juga mendakwa kelakuan kesemua defendan secara langsung menyebabkan perpisahan antara beliau dengan anak bongsunya itu berlanjutan sehingga hari ini dan bekas suaminya berjaya melarikan diri.
Justeru, beliau menuntut RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah selain memohon deklarasi bahawa KPN telah melakukan 'tort of nonfeasance' atau dengan sengaja tidak mengambil tindakan di pejabat awam manakala PDRM, KDN dan kerajaan bertanggungjawab secara vikarius bagi 'tort of nonfeasance' yang dilakukan KPN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Guru Tadika M. Indira Gandhi ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
MAIWP, MAIJ dibenar jadi pencelah dalam saman Indira Ghandi
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan MAIWP dan MAIJ untuk menjadi pencelah dalam kes saman pemula guru tadika M. Indira.
Mahkamah Rayuan tolak rayuan kerajaan ketepi saman Indira Gandhi
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk M. Gunalan dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan saman yang difailkan oleh M.Indira Gandhi itu perlu melalui perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan Indira Gandhi untuk mulakan prosiding terhadap KPN
Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran oleh M. Indira Gandhi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara (KPN).
Indira Gandhi saman PDRM kerana gagal laksana waran komital, pulangkan anak bongsu
Plaintif mendakwa KPN dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus Mahkamah Persekutuan kerana gagal mengambil tindakan sewajarnya mengembalikan Prasana Diksa kepadanya.
"Henti politikkan isu Indira Gandhi" - Ketua Polis Negara
Jelasnya, banyak 'pakar' menjadi 'jaguh' diluar tanpa memikirkan kesan kepada anak pasangan berkenaan, prasana yang kini berusia 11 tahun.
Ceritalah ASEAN - Wanita adalah masa depan ASEAN
Beliau masih tidak dapat memperoleh penjagaan anak bongsunya, Prasana Diska walaupun diarahkan.
Muhammad Ridhuan Abdullah masih dalam negara - Polis
Polis percaya mualaf, Muhammad Ridhuan Abdullah yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuannya kepada bekas isteri, M. Indira Gandhi masih berada di dalam negara.
Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN
Usaha mengesan dan menahan Muhammad Riduan Abdullah, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya M. Indira Gandhi, masih diteruskan.
Penghakiman bersejarah: Persetujuan kedua ibu bapa perlu bagi penukaran agama anak kepada Islam
Mahkamah Persekutuan menyampaikan penghakiman bersejarah apabila memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur.
Rakyat Malaysia ditahan di India disyaki miliki dadah
Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi, India berikutan disyaki memiliki dadah.