NEW YORK: Datuk Maimunah Mohd Sharif dari Malaysia dipilih semula oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia PBB (PBB-Habitat) untuk tempoh dua tahun, lapor Xinhua.
Tempoh perkhidmatan beliau untuk penggal empat tahun awalnya berakhir pada Rabu. Penggal dua tahun baharunya bermula pada 20 Jan 2022 dan berakhir pada 19 Jan 2024.
Perhimpunan Agung pada Khamis bertindak atas saranan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres. Pemilihan semula Maimunah diluluskan sebulat suara tanpa undian.
Sebelum menjadi ketua UN-Habitat, Maimunah merupakan Datuk Bandar Pulau Pinang di Malaysia. Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam perancangan bandar, penjanaan semula bandar dan pembangunan yang diterajui komuniti.
Sejak menyertai PBB pada Januari 2018, Maimunah berjaya meletakkan semula UN-Habitat sebagai peneraju pemikiran dalam perbandaran lestari. Beliau ialah pengerusi bersama Pasukan Petugas Setiausaha Agung mengenai Masa Depan Bandar dan pengerusi bersama Gabungan 2030 Kerajaan Tempatan serta memperjuangkan perspektif bandar dalam Forum Ekonomi Dunia, kata pejabat akhbar Setiausaha Agung PBB.
Maimunah, 60, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam kajian perancangan bandar dari Institut Sains dan Teknologi Universiti Wales dan Ijazah Sarjana dalam pengajian perancangan dari Universiti Sains Malaysia.
Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak perempuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
Maimunah berpengalaman lebih 30 tahun dalam perancangan bandar, penjanaan semula bandar dan pembangunan yang diterajui komuniti. - Twitter @MaimunahSharif
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Maimunah Mohd Sharif dari Malaysia dilantik semula terajui PBB-Habitat
Penggal dua tahun baharunya bermula pada 20 Jan 2022 dan berakhir pada 19 Jan 2024.