KUALA LUMPUR:Majoriti rakyat Malaysia nampaknya terus hidup dalam keadaan tidak yakin berkait daya maju ekonomi negara dan kemampuan kerajaan memimpin negara ke arah yang betul.
Itu dapatan tinjauan pendapat suku keempat 2020 yang dilakukan EMIR Research pada Disember tahun lalu melibatkan 1,976 responden.
Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, lima daripada setiap 10 responden menyatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada negara berada di landasan yang benar, kemampanan hala tuju ekonomi serta kemampuan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara.
Daripada jumlah itu, kira-kira tiga daripada 10 bersetuju, sementara dua daripada 10 tidak bersetuju dengan cadangan dtersebut.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Dr Rais Hussin, berlaku perubahan ketara dalam dapatan kajian kali ini berbanding kajian suku ketiga tahun lalu.
"Namun, peratusan responden yang hampir sama seperti tinjauan suku tahunan sebelum ini di mana 39 peratus mengakui positif terhadap perubahan dalam kehidupan mereka dan 53 peratus bersifat optimis terhadap masa depan mereka," katanya dalam laporan tersebut.
Jelas laporan itu lagi, pada suku keempat 2020, 19 peratus responden tidak bersetuju dengan penyataan bahawa masa hadapan negara berada di landasan yang tepat, berbanding hanya lapan peratus pada suku sebelumnya, menjadikan perbezaannya lebih daripada 10 peratus.
Malah, 27 peratus responden tidak bersetuju bahawa ekonomi negara kukuh, berbanding hanya 16 peratus tidak bersetuju pada suku ketiga 2020.
Trend sama turut diterjemah berkait kemampuan kerajaan PN mentadbir negara iaitu 19 peratus tidak bersetuju berbanding hanya 9 peratus tidak setuju pada suku ketiga 2020.
Jelas Rais, tinjauan tersebut tidak mengambil kira peristiwa yang berlaku sepanjang Januari lalu.
Antaranya, penolakan pendapaftaran Parti Pejuang Tanah Air dan Muda, pertukaran Setiausaha Agung Barisan Nasional serta pengisytiharan darurat.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Feb 01 2021
Majoriti rakyat Malaysia nampaknya terus hidup dalam keadaan tidak yakin berkait daya maju ekonomi negara dan kemampuan kerajaan memimpin negara ke arah yang betul. - Foto BERNAMA
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Ramai rakyat Rusia masih setia kepada Putin
Di sebalik perang di Ukraine, Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka kekal mentadbir buat penggal kelima di republik itu.
WhatsApp uji kebolehan buat tinjauan pada Channels
Setiap undian juga dirahsiakan daripada semua termasuk pentadbir Channel dengan penggunaan nombor sebagai pengganti nama untuk melindungi hak privasi individu.
Lebih 75 peratus rakyat Rusia percaya Putin - Tinjauan
Kira-kira 77 peratus rakyat Rusia mempercayai Presiden Vladimir Putin manakala 78 peratus lagi yakin dengan prestasi kerjanya.
#SuaraMalaysia Belanjawan 2024: Bersediakah jika kerajaan laksana subsidi bersasar?
Pelbagai soalan berkait kehendak serta keperluan rakyat Malaysia diajukan kepada anda menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia.
Pengundi AS percaya Biden terlalu tua untuk penggal kedua - Tinjauan
Sebanyak 77 peratus responden berpendapat presiden berusia 77 tahun itu terlalu tua untuk berkesan untuk empat tahun lagi.
Tinjauan Pendapat Selangor EMGC (34 Kerusi DUN Majoriti) Melayu
Pihak EMGC menjelaskan, terdapat beberapa pandangan yang tidak dapat membezakan antara pelaporan dan analisis.
Kajian Pengundi Melayu Selangor: 42 peratus pilih PH, 33 peratus pilih PN - EMGC
Dapatan kaji selidik itu juga menunjukkan 15 peratus responden memilih Barisan Nasional sementara satu peratus memilih MUDA.
Kajian Pengundi Melayu Selangor: 68% puas hati prestasi Anwar, Kerajaan Perpaduan
Tinjauan mendapati 42 peratus responden memilih Pakatan Harapan, manakala 33 peratus memilih Perikatan Nasional.
Trump batalkan perhimpunan di Iowa susulan amaran puting beliung
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah membatalkan perhimpunannya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini di Iowa berikutan amaran puting beliung, lapor Sputnik.
Musk lancar tinjauan pendapat di Twitter, peletakan jawatannya sebagai CEO
Setakat 00:00 GMT pada Isnin, lebih 57 peratus daripada lebih 2.5 juta responden menyokong peletakan jawatan Musk.