SATU penyelidikan baru-baru ini menunjukkan mereka yang tidak begitu menjaga kesihatan mulut boleh mengalami gejala lebih teruk sekiranya mereka dijangkiti COVID-19.
Mengikut laporan Channel News Asia (CNA), berdasarkan kajian itu, pesakit COVID-19 yang turut menghidap penyakit gusi adalah 3.5 kali lebih berkemungkinan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berbanding mereka yang tidak mengalami masalah itu.
Mereka juga 4.5 kali lebih berkemungkinan perlu dipasang ventilator atau alat bantuan pernafasan dan sembilan kali lebih berisiko untuk mati akibat COVID-19.
Kajian itu mungkin mengejutkan namun apabila melihat hakikat kaitan antara kesihatan mulut dengan penyakit lain, ia tidaklah begitu mengejutkan.
Pada asasnya, ini berlaku apabila kebersihan yang tidak baik dikekalkan untuk jangka masa yang lama, membawa kepada dysbiosis - di mana bakteria dalam mulut berubah daripada keadaan tenang kepada agresif.
Apabila bakteria mulut menjadi lebih teruk, ia boleh menyebabkan penyakit gusi, merosakkan tisu mulut dan kemudian memasuki aliran darah.
Bakteria kemudiannya boleh mengalir ke seluruh badan dan masuk ke pelbagai organ, meningkatkan tahap keradangan dan dari masa ke masa menyumbang kepada pelbagai keadaan lain termasuk situasi kronik.
Bahkan, kesihatan mulut yang buruk boleh memberi kesan kepada jantung, meningkatkan tekanan darah dan memburukkan diabetes dengan meningkatkan paras gula dalam darah.
Ia dikaitkan dengan banyak kesan - kelahiran pramatang, arthritis, penyakit buah pinggang, penyakit pernafasan dan juga beberapa penyakit neurodegeneratif - termasuk Alzheimer.
Beberapa pesakti COVID-19 yang teruk juga mengalami apa yang dipanggil "cytokin storm", di mana sistem imun menjadi terlalu kuat untuk melawan virus dan membahayakan tisu badan sendiri pada masa yang sama.
Buat sementara waktu, terdapat bukti yang mencukupi untuk menganggap kebersihan mulut yang buruk sebagai faktor risiko komplikasi pada mereka yang mempunyai COVID-19 - terutamanya pada mereka yang sudah mengalami keadaan seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular.
Justeru, penting untuk anda mengekalkan kebersihan mulut yang betul.
Caranya, memberus gigi dua kali sehari selama sekurang-kurangnya dua minit dengan ubat gigi yang mengandungi fluorida dan berjumpa doktor gigi secara berkala.
Agensi
Tue Nov 23 2021
Berdasarkan kajian itu, pesakit COVID-19 yang turut menghidap penyakit gusi adalah 3.5 kali lebih berkemungkinan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berbanding mereka yang tidak mengalami masalah itu. - Foto Ocskay Bence/Shutterstock.com
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.