Malaysia-Bangladesh kukuh kerjasama rai ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik - PM

Bernama
Julai 20, 2022 13:58 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh Dr A K Abdul Momen di Parlimen, hari ini. - Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Malaysia sedia memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Bangladesh sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang diraikan pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, beliau berkata kerjasama dua hala itu merangkumi perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital serta sumber manusia dan pekerjaan.
Ismail Sabri berkata perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa beliau menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh Dr A K Abdul Momen di Parlimen, di sini hari ini.
"Kami juga berbincang dan bersetuju tentang masalah pengambilan tenaga kerja dari Bangladesh yang perlukan penyelesaian segera. Semoga hubungan Malaysia-Bangladesh kekal erat dan makmur," katanya.
-- BERNAMA
#Malaysia #Bangladesh #hubungan diplomatik #kerjasama dua hala #Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #Menteri Luar Bangladesh #Dr A K Abdul Momen