KUALA LUMPUR:Malaysia berhasrat untuk meningkatkan usaha membangunkan vaksin bersama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menangani pandemik COVID-19, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam temu bual eksklusif dengan Emirates News Agency (WAM) Seri Paduka bertitah UAE telah menunjukkan bahawa negara itu adalah rakan kepada Malaysia dalam tempoh sukar ini.
"Kedua-dua negara boleh meneroka dan memperhebatkan hubungan dalam bidang pembangunan vaksin COVID-19 dan mengukuhkan kerjasama pasca pandemik antaranya dalam bidang kesihatan, pendidikan, keselamatan makanan, pertanian, teknologi masa depan, tenaga bersih dan boleh diperbaharui, industri halal serta pelancongan," titah Seri Paduka seperti yang dipetik dalam laporan WAM pada Selasa.
Al-Sultan Abdullah berada Abu Dhabi, UAE untuk lawatan lima khas lima hari, dan dalam lawatan itu baginda telah mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE serta pegawai-pegawai kanan negara berkenaan.
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut mengulas mengenai nilai-nilai bersama antara negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan menyatakan bahawa Malaysia sebagai negara perdagangan telah meletakkan penekanan yang kukuh terhadap hubungan dengan negara-negara GCC, terutamanya UAE.
"Malaysia juga berkongsi banyak persamaan dengan negara GCC, dengan lokasi geografinya yang strategik, UAE khususnya, telah menjadi hab perdagangan utama bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh dunia sejak sekian lama," titah Seri Paduka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi UAE Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais di Emirates Palace pada 23 Dis, 2020. - Gambar fail BERNAMA
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Malaysia berhasrat tingkat usaha dengan UAE bangunkan vaksin COVID-19
Seri Paduka bertitah UAE telah menunjukkan bahawa negara itu adalah rakan kepada Malaysia dalam tempoh sukar ini.