KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menjadi hab bagi menyelesaikan pertikaian di peringkat global dengan pelancaran Kaedah-Kaedah Timbang Tara-i 2021, iaitu resolusi pertikaian berpandukan syariah pertama oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini, hari ini.
Bercakap sempena pelancaran Kaedah-Kaedah Timbang Tara-i 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata rangka kerja timbang tara Islam AIAC akan menjadikan Malaysia sebagai asas kukuh dalam mempelopori kemajuan Resolusi Pertikaian Alternatif (ADR) dalam kewangan Islam.
"Jumlah aset Industri Perkhidmatan Kewangan Islam global (IFSI) meningkat 10.7 peratus dari tahun ke tahun dengan nilai keseluruhan dianggarkan AS$2.7 trilion pada 2020," katanya pada pelancaran Kaedah-Kaedah Timbang Tara-i 2021 di AIAC di sini hari ini.
Kaedah-Kaedah Timbang Tara-i 2021 membentangkan pendekatan yang disatukan dalam penyelesaian pertikaian, menyeimbangkan antara amalan perniagaan konvensional serta keperluan dalam transaksi yang berpandukan prinsip Syariah atau Islam untuk pengguna di seluruh dunia.
Ciri utama lain Kaedah-Kaedah Timbang Tara-i 2021 termasuk pembiayaan pihak ketiga berpandukan Syariah, mekanisme semakan rujukan kepada Majlis Syariah, peruntukan mengenai pelantikan pakar Syariah dan hak pihak untuk menentukan keutamaan mana-mana penggunaan prinsip Syariah.
Wan Junaidi berkata pembangunan landskap ADR adalah sejajar dengan pertumbuhan IFSI.
Beliau berkata timbang tara Islam adalah penyelesaian kewangan alternatif bagi mempercepatkan resolusi pertikaian dengan cara yang kurang menyusahkan berbanding pergi ke mahkamah.
AIAC ditubuhkan pada 1978 di bawah naungan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO) dan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan AALCO.
Malaysia menyokong penubuhan pusat timbang tara komersial serantau di Kuala Lumpur dan bersetuju untuk menyediakan kemudahan bagi penubuhan dan peranan pusat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berucap pada majlis perasmian i-Arbitration Rules 2021 di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.