KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 57.8 juta serangan virus pada suku pertama 2022 yang menyumbang 1.14 peratus daripada jumlah serangan siber di seluruh dunia, demikian menurut Fortinet.
Pakar strategi keselamatan Fortiguard Labs Fortinet, Jonas Walker berkata pengesanan botnet di negara ini berjumlah 57.2 juta, menyumbang 1.19 peratus daripada ancaman global.
Sementara itu, pengesanan eksploit pada suku pertama 2022 di Malaysia merekodkan 3.96 bilion serangan atau 0.95 peratus daripada jumlah pengesanan global.
"Serangan virus adalah umpama satu fail yang perlu dijalankan di laman sesawang atau dimuat turun ke dalam sistem anda, manakala eksploit hanyalah arahan mudah yang boleh digunakan terhadap sistem yang dihubungkan kepada Internet.
"Botnet merupakan serangan peirisian hasad yang sama seperti virus yang dipasang ke dalam sistem dan menunggu arahan atau pelayan kawalan untuk menghantar tindakan tertentu," katanya pada taklimat media hari ini.
Menurut Walker, trend serangan siber merekodkan peningkatan di Malaysia memandangkan pelaku ancaman itu mengimbas secara berterusan dan membuat penyesuaian pantas terhadap perkembangan terkini di seluruh dunia.
"Mereka memantau rapat apa yang berlaku di dunia nyata yang mungkin anda minati, dan cuba menyertakan maklumat ini dalam kempen memancing data demi meraih perhatian anda," tambahnya.
Fortinet, peneraju global dalam penyelesaian keselamatan siber yang menyeluruh, bersepadu dan automatik melancarkan dapatan Asia bagi Laporan Jurang Kemahiran Keselamatan Siber 2022 hari ini, yang mendedahkan kekurangan kemahiran dalam organisasi di seluruh benua ini.
Naib Presiden Pemasaran dan Telekomunikasi Fortinet Asia, Rashish Pandey berkata tinjauan di Asia Tenggara dan Hong Kong mendapati 71 peratus daripada syarikat yang mengambil bahagian, berdepan kesukaran untuk menggajikan bakat berkelulusan teknologi dalam keselamatan siber.
"Sebanyak 63 peratus daripada mereka bersetuju bahawa kekurangan kemahiran menyebabkan impak keselamatan siber yang buruk ke atas perniagaan," katanya.
Laporan itu yang membuat tinjauan terhadap pembuat keputusan IT dan keselamatan siber merentasi negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Hong Kong, Filipina dan Indonesia menyarankan kaedah menangani jurang kemahiran melalui latihan dan pensijilan bagi meningkatkan pendidikan pekerja.
Pandey berkata Fortinet komited untuk menyelesaikan jurang kemahiran itu dan berikrar untuk melatih sejuta profesional menjelang 2026 melalui penubuhan program Agenda Kemajuan Latihan dan Institut Latihan Fortinet.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022
Pengesanan botnet di negara ini berjumlah 57.2 juta, menyumbang 1.19 peratus daripada ancaman global. - Gambar hiasan
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Bukan hanya Apple, 'spyware' juga beri risiko kepada pengguna Android
Teknologi yang diguna pakai bagi pembangunan 'spyware' bukanlah seperti virus biasa, yang mampu disekat oleh aplikasi antivirus.
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Microsoft dipersalahkan dalam serangan siber penggodam China
Serangan siber ini dipercayai sepatutnya tidak berlaku dan boleh dihalang. Namun begitu kegagalan sekuriti oleh Microsoft menjadi penyebab insiden ini berlaku.
Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled
Sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco
Kos yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan anggaran sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).
Penubuhan JKSN di bawah RUU Keselamatan Siber perlu untuk tangani isu keselamatan
Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) di bawah Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 adalah perlu.
NACSA kesan peningkatan insiden keselamatan siber
Pelaku menyasarkan laman sesawang, sistem dalam talian, rangkaian dan aplikasi milik organisasi swasta serta kerajaan di Malaysia.
Serangan siber: JPDP sahkan tiada ketirisan data peribadi Maxis
Jabatan Perlindungan Data Peribadi sahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan serangan siber terhadap Maxis.
Microsoft dakwa sistem, kod sumber dalaman diakses penggodam Rusia
Microsoft Mengatakan Penggodam Rusia Mengakses Sistem Dan Kod Sumber Dalaman