Dalam penarafan (ranking) terbaharu Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi Sains dan Matematik, Malaysia berada di tangga ke-52 dalam kalangan 76 buah negara.
Perkembangan itu membuatkan ramai pihak tertanya-tanya tentang kualiti pembelajaran dan pengajaran subjek tersebut.
Perkara tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming hari ini yang menyatakan bahawa senarai tersebut didahului lima negara Asia lain iaitu Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
Di Asia Tenggara, ranking Malaysia bukan sahaja berada jauh di belakang Singapura malah Vietnam berada di tangga ke-12 dan Thailand di tangga ke-47.
Malaysia juga berada di bawah Ukraine (tangga ke-38), Turki (41), dan Kazakhstan (49).
Perincian mengenai kajian ini hanya akan dikeluarkan dalam Forum Pendidikan Seunia 2015 minggu depan di Seoul, Korea.
Dalam forum berkenaan, pihak UNESCO akan membentangkan agenda pendidikan pasca 2015 untuk menggantikan sasaran dan objektif yang dibuat dalam Millennium Development Goals (MDG).
“Hasil kajian itu sepatutnya menjadi isyarat jelas kepada Menteri Pelajaran bahawa kita berada jauh daripada sistem pendidikan kelas dunia sama ada di peringkat rendah, menengah dan juga tertiari,” ujar Kian Ming.
Menurutnya, Sweden sepatutnya menjadi pengajaran buat Malaysia. Negara tersebut pernah pada suatu ketika mempunyai sistem pendidikan yang baik dalam kalangan negara-nagara OECD namun mengalami kejatuhan ketara dalam markah Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) sejak tahun 2000.
Penurunan itu, kata Kian Ming, membuatkan kerajaan Sweden meminta pihak OECD menilai semula sistem pendidikannya pada tahun 2014. Dalam ranking terkini, Sweden berada di tangga ke-35.
“Dalam kes Malaysia, jika pembuat polisi tidak mengenal pasti kelemahan dalam sistem pendidikan semasa, kita akan berada lebih jauh di belakang jiran-jiran Asia dan terus berada dalam kedudukan yang tidak memiliki daya saing dalam ekonomi,” ujar Kian Ming.
Astro Awani
Thu May 14 2015
Perhatian mengenai isu ini amat penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara dan demi menjamin daya saing ekonomi. -Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
UNGA ke-78: Semua negara perlu bertanggungjawab corak dunia lebih baik - PM Anwar
Semua negara di dunia ini perlu bertanggungjawab dalam mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok.
Penindasan buruh migran: 'Ada syarikat Malaysia, GLC dilarang jual produk di AS'
Menurut Adrian, kerajaan perlu bekerja lebih keras dalam menangani isu buruh paksa yang didakwa berlaku.
Malaysia boleh jadi contoh keamanan sosial buat dunia - Irmohizam
Malaysia berpotensi menjadi negara contoh dalam soal keamanan sosial buat dunia. Demikian jelas Profesor Anjung Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Seri Dr Irmohizam
Warna-warni berita dan isu jadi tumpuan sepanjang Mac 2021
Akhirnya kita berjaya melalui pelbagai kisah menarik yang berlaku di negara melibatkan isu-isu semasa, politik, jenayah, hiburan, sukan dan luar negara sepanjang 31 hari, bulan ini.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
COVID-19: Kes positif global hampiri angka 19 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 212,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip
Menonton telefilem Pencipta Pegang Waktu (PPW) pada Jumaat, 31 Julai jam 10 malam terasa sentuhannya. Malah, melahirkan rasa kagum.