KUALA LUMPUR: Malaysia diberi pengiktirafan tahap terbaik iaitu A+ dalam pencapaian pelaksanaan Protokol Montreal bagi mengurangkan penggunaan bahan pemusnah ozon.

Menurutnya pengiktirafan itu turut disokong oleh ahli panel Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Niloy Banarjee yang kagum dengan kejayaan JAS dalam meyakinkan industri kecil dan sederhana untuk menukar teknologi yang mereka gunakan kepada bahan mesra ozon.

"Selain itu, lebih 16,000 juruteknik terlatih dalam servis refrigeran dalam negara telah berjaya diwujudkan bagi memastikan penyelenggaraan sistem pendingin hawa dan penyejukan mengikut amalan mesra ozon.

"Inisiatif ini dicapai dengan menggalakkan kecekapan tenaga dalam sektor penyejukan yang turut menyumbang kepada jaminan kualiti kehidupan, jaminan makanan dan penyimpanan vaksin dalam keadaan baik dan selamat," katanya menerusi kenyataan JAS pada Selasa.

Protokol Montreal adalah satu perjanjian antarabangsa bertujuan mengawal pengeluaran dan penggunaan bahan pemusnah ozon seperti Klorofluorokarbon (CFC), Halon, Karbon Tetraklorida (CTC), Metil Klorofom (111 TCA), Metil Bromida (MBr), Hidroklorofluorokarbon (HCFC), Hidrobromofluorokarbon (HBrFC) dan Bromoklorometana.

-- BERNAMA