KUALA LUMPUR: Malaysia memainkan peranan penting dalam Asean dan sewajarnya dilihat sebagai gerbang masuk perniagaan Australia untuk mendapatkan lebih 600 juta pengguna yang tinggal di rantau ini, kata Majlis Perniagaan Malaysia Australia (MABC).
Majlis itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Australia dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi yang telah lama terjalin dengan perdagangan dua hala mereka mencecah lebih 15 bilion dolar Australia (1 dolar Australia=RM3.02) pada 2021, yang mana Australia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia serta destinasi eksport ketujuh terpenting.
Lawatan Menteri Luar dan Perdagangan Australia Penny Wong baru-baru ini telah menyumbang kepada kemajuan ekosistem perniagaan yang telah wujud antara Malaysia serta Australia.
MABC akan terus menyokong usaha menteri berkenaan dalam memajukan hubungan perdagangan dan ekonomi yang signifikan termasuk hubungan erat antara kedua-dua negara.
Mesyuarat peringkat tinggi yang berlangsung membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan bukti hubungan saling menghormati antara Malaysia dan Australia.
Majlis itu berkata mesyuarat yang diadakan bersama Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli adalah sama penting.
"Majlis Perniagaan Malaysia Australia menghargai pengesahan semula keutamaan bersama kami di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif dan janji yang diwakili kami yang meliputi perniagaan di kedua-dua negara.
"Kedua-dua negara mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (Mafta), yang telah memudahkan peningkatan perdagangan, selain Australia disenaraikan sebagai salah satu daripada lima rakan dagang utama Malaysia.
Katanya lagi, Mafta adalah perjanjian komprehensif dengan standard tertinggi yang seterusnya mengintegrasikan ekonomi Australia ke dalam ekonomi Malaysia yang berkembang pesat.
Perjanjian itu mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2013 dan berdasarkan faedah yang sudah dinikmati oleh perniagaan Australia dan Malaysia daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-Australia-New Zealand (AANZFTA).
MABC ditubuhkan pada 1986 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada ahli-ahlinya yang berpangkalan di Malaysia dan Australia.
Disokong oleh penaung bersamanya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia serta Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, MABC memainkan peranan penting dalam memajukan perdagangan dan pelaburan dua hala.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
MABC akan terus menyokong usaha menteri berkenaan dalam memajukan hubungan perdagangan dan ekonomi yang signifikan termasuk hubungan erat antara kedua-dua negara. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).