KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam hantaran di Facebook malam ini beliau berkata Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menunjukkan perbezaan antara Asia dan Barat, dengan kebanyakan negara merekodkan peningkatan kes terutama disebabkan varian Omicron dalam tempoh yang singkat.
Berdasarkan Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, setakat 31 Dis lepas Malaysia berada di kedudukan ke- 13 dengan 66.5 mata, manakala Bahrain tersenarai di tempat paling atas dengan 82 mata, dikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).
Berdasarkan laman sesawang tersebut, Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menyenaraikan kira-kira 120 negara atau wilayah bagi pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.
Kedudukan lebih tinggi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks tersebut menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes COVID-19 yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik dan langkah penjarakan sosial yang kurang ketat; sumber data termasuk daripada Our World in Data, Google COVID-19 Community Mobility Reports, Oxford COVID-19 Government Response Tracker Cirium dan penyelidikan Nikkei Asia.
Malaysia mencatatkan 2,714 kes sembuh hari ini, menjadikan keseluruhan kes sembuh 2,714,614 direkodkan sejak penularan wabak itu di negara ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Malaysia kini menduduki tempat keenam dalam Indeks COVID-19 Global (GCI). GCI dibangunkan dengan input daripada pelbagai badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Berdasarkan GCI, Malaysia berada di kedudukan keenam dengan penarafan pemulihan lima dengan indeks pemulihan 78.74, manakala Singapura berada di kedudukan teratas dengan indeks pemulihan 82.88, diikuti Korea Selatan (82.71) dan Taiwan (80.49) yang kesemuanya berkongsi penarafan pemulihan sama iaitu lima.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Pemulihan Nikkei pengiktirafan terhadap PICK
Kedudukan Malaysia pada tempat ke-13 itu merupakan pengiktirafan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Malaysia duduki tempat ke-13 Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei
Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19.