PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terus berusaha menempatkan Malaysia sebagai destinasi hab pendidikan tinggi global menjelang 2025.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, inisiatif ini dapat direalisasikan dengan usaha universiti-universiti tempatan melaksanakan pelbagai program bersama universiti-universiti antarabangsa.

Jelasnya, inisiatif ini sekaligus membolehkan lawatan ke negara-negara lain untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum (MoA) antara institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia dan rakan sejawat antarabangsa.

“Di samping Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025 untuk Pendidikan Tinggi, kerajaan turut mempunyai Dasar Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi.

“Dengan usaha menerusi gabungan ini, ia akan memberi beberapa dasar untuk kami menyediakan pendidikan berkualiti yang merupakan matlamat pembangunan mampan keempat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” beliau berkata demikian selepas Program Libat Urus Menteri Pengajian Tinggi Bersama Duta-Duta Wanita Luar Negara Malaysia pada Khamis.

Sementara itu, Noraini berkata pengantarabangsaan pendidikan tinggi di Malaysia ternyata memberi pelbagai manfaat.

Katanya, ia termasuk kepada akademik, budaya, sosial dan ekonomi.

KPT | Malaysia jadi hab pendidikan tinggi global

*Artikel ini adalah kandungan berbayar