Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan hina agama Islam

Astro Awani
Oktober 27, 2020 14:35 MYT
Hishammuddin menegaskan tindakan mnenghina itu bersifat provokatif dan tidak menghormati Islam dan lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia.
KUALA LUMPUR : Malaysia mengecam keras setiap retorik dan tindakan provokatif memfitnah agama Islam seperti yang berlaku baru-baru ini .
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang merujuk kepada karikatur menghina Nabi Muhammad SAW menolak sebarang kaitan antara Islam dengan keganasan
Dalam satu kenyataan, Hishammuddin berkata, Malaysia komited untuk menegakkan hak kebebasan bersuara dan sebagai manusia hak tersebut perlu dilaksanakan dengan hormat dan bertanggungjawab agar tidak melanggar hak orang lain.
"Menghina dan mencemarkan nama baik Nabi Muhammad SAW dan mengaitkan Islam dengan keganasan tentunya berada di luar ruang hak tersebut.
"Tindakan sedemikian bersifat provokatif dan tidak menghormati Islam dan lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia", ujar beliau
Tambahnya, Malaysia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk saling menghormati antara agama dan mencegah ekstremisme agama di semua peringkat.

Malaysia strongly condemns any inflammatory rhetoric and provocative acts that seek to defame the religion of Islam as the world has recently witnessed in the forms of populist speeches and publication of blasphemous caricatures depicting the Holy Prophet Muhammad () pic.twitter.com/xeHCb7xitm

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) October 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Media sebelum ini melaporkan beberapa siri protes diadakan di negara-negara Islam susulan isu penghinaan melalui karikatur terhadap Nabi Muhammad oleh akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.
Protes itu juga sebagai respons kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mempertahankan tindakan seorang guru yang mati dibunuh kerana membawa kartun itu ke dalam kelasnya dengan alasan hak kebebasan bersuara.
#Hishammuddin Hussein #Twitter #Islam #keganasan #Malaysia #hina #karikatur #Nabi Muhammad