KUALA LUMPUR:Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik COVID-19, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan rakyat supaya bersama berpadu tenaga untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan seperti sebelum ini.

"Kita sekarang telah memasuki gelombang ketiga #COVID19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita," katanya dalam hantaran di Facebook di sini, malam ini.

 
Sumber Facebook DGHisham

Hari ini sebanyak 375 kes baharu COVID-19 dicatatkan dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu.

Daripada jumlah itu, 371 merupakan penularan tempatan dan empat lagi merupakan kes import, dengan kes tertinggi dicatatkan di Sabah sebanyak 271 kes.


-- BERNAMA