KUALA LUMPUR : Malaysia mengekalkan pendirian serta komitmen untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara terhadap proses damai di wilayah autonomi, Bangsamoro yang terletak di Mindanao.
Komitmen itu bagi menjamin keselamatan dan kestabilan di rantau ini terutama dalam melindungi masyarakat Islam di Mindanao.
Menurut Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony, Malaysia akan membantu kerajaan negara itu dan pentadbiran Bangsamoro untuk mencapai kesaksamaan terutama di bawah Perjanjian Komprehensif Berkaitan Bangsamoro (CAB) yang dimeterai dua pihak terbabit.
"Saya ingin memastikan Malaysia terus bersama dalam keinginan kita untuk mencapai keamanan berkekalan.
"Anda boleh mengharapkan kami," kata beliau ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha merangkap Penasihat Keamanan serta Perpaduan Presiden Filipina, Isidro L Purisima di Pasay City pada Selasa.
Isidro dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi terutama sejak proses rundingan wilayah itu bermula, sehingga termeterainya kesefahaman damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
"Kita telah pergi jauh. Malaysia sebagai pemudah cara telah membantu kedua-dua pihak mencapai struktur perjanjian Bangsamoro dan CAB," ujar beliau.
Sejak 2001 lagi, kerajaan Malaysia memainkan peranan secara aktif sebagai pemudah cara dan penasihat dalam perjanjian keamanan di wilayah majoriti Islam di Mindanao.
Bekas Presiden Filipina sebelum ini meluluskan undang-undang Organik Bangsamoro yang membenarkan minoriti Islam di selatan negara itu melangkah ke arah pemerintahan sendiri pada 2022.
Ia dilihat sebagai usaha untuk menangani ekstremisme dan menghapuskan konflik pemisah yang telah berlarutan selama setengah abad.
Nickyson Nyambar
Tue May 16 2023
Malaysia akan membantu kerajaan negara itu dan pentadbiran Bangsamoro untuk mencapai kesaksamaan terutama di bawah Perjanjian Komprehensif Berkaitan Bangsamoro (CAB) yang dimeterai dua pihak terbabit. - Instagram @peacegovph
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Perdana Menteri Palestin, ahli kongres AS bincang mengenai pemulihan proses politik
Pada pertemuan itu, Shtayyeh menyeru Kongres AS untuk mengundi bagi pengiktirafan negara Palestin.
Malaysia komited main peranan sebagai pemudah cara proses damai di selatan Filipina
Komitmen itu bagi menjamin keselamatan dan kestabilan di rantau ini terutama dalam melindungi masyarakat Islam di Mindanao.
ASEAN akan adakan mesyuarat khas mengenai Myanmar
Menteri-menteri Luar ASEAN akan mengadakan mesyuarat khas di Indonesia pada Khamis (27 Okt) untuk membincangkan proses damai Myanmar.
Israel bukan lagi rakan kongsi Palestin dalam proses damai - Abbas
Jelas bahawa Israel mengabaikan resolusi undang-undang antarabangsa, dan memutuskan enggan menjadi rakan kongsi kami dalam proses damai.
[KOLUMNIS] Memo Dari Patani: Proses damai gagal cerminkan realiti di lapangan
Tentera kerajaan di lapangan mempunyai agenda berbeza daripada pegawai kerajaan di meja rundingan.
Pejabat PLO di Washington ditutup
Terdahulu, Penasihat Keselamatan Kebangsaan, John Bolton mengumumkan perkara sama di washington sehari sebelum arahan penutupan dikeluarkan.
Majlis Pusat Palestin syor pengiktirafan Israel ditangguhkan
Majlis mengesyorkan supaya PLO dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, menggantung pengiktirafan negara Israel selagi rejim Tel Aviv belum mengiktiraf negara Palestin merdeka mengikut sempadan 1967.
Isu Baitulmaqdis: Donald Trump nafi memihak kepada Israel
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert berkata keputusan pengisytiharan yang dibuat Presiden Donald Trump minggu lalu adalah salah satu dari perancangan pelan damai.
Iktiraf Baitulmaqdis, AS berdolak-dalik
Selepas iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, AS dakwa komited jayakan pelan damai Israel-Palestin.
Iktiraf Baitulmaqdis: Indonesia panggil duta besar AS beri penjelasan
Duta Besar Donovan dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai laporan diterbitkan di laman web kedutaan itu.