KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kekal optimis bahawa Malaysia mampu mengisi jurang eksport minyak sawit ke pasaran dunia berikutan larangan Indonesia terhadap eksport komoditi itu.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata beliau mengulangi keyakinan itu berdasarkan beberapa faktor, antaranya kemasukan 32,000 pekerja asing untuk sektor perladangan seperti yang diluluskan kerajaan pada Februari.
Katanya beliau turut menjangkakan pengeluaran dan eksport minyak sawit akan meningkat sehingga 30 peratus menjelang akhir tahun ini, sekali gus mengisi jurang eksport minyak sawit ke pasaran dunia.
"Malaysia boleh meningkatkan pengeluaran sawit berikutan kita sudah membuka sempadan antarabangsa serta proses kelulusan permohonan dan kemasukan pekerja asing telah bermula di bawah kuota khas.
"Dulu pandemik, pengeluaran rendah kerana kita kekurangan pekerja asing. Sekarang, pekerja sudah masuk, kuantiti pengeluaran akan tinggi. Justeru, kita akan mampu menampung keperluan dunia," katanya pada Majlis Iftar Kasih Ramadan dan Penyampaian Bantuan anjuran Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) pada Jumaat.
Di samping itu, Zuraida berkata faktor lain yang akan menyokong Malaysia dalam memenuhi jurang permintaan minyak sawit adalah keputusan China yang dijangka akan memasarkan rizab minyak yang terbuktinya.
Terdahulu, The Edge melaporkan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata Malaysia tidak mampu mengisi jurang bekalan minyak sawit yang ditinggalkan Indonesia.
"Malaysia mungkin tidak dapat menyerap banyak lebihan permintaan berdasarkan saiz pasaran yang besar yang ditinggalkan oleh Indonesia. Selain itu, Malaysia masih menghadapi isu pengeluaran minyak sawit berikutan kekurangan tenaga kerja walaupun keadaan pengeluaran kini bertambah baik," Parveez memberitahu theedgemarkets.com.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi IMPAC Datuk Zunaidah Idris berkata institusi itu akan mewujudkan kerjasama dengan beberapa universiti untuk melahirkan tenaga mahir dalam industri perladangan pada Jun ini.
"Bagaimanapun, program pendedahan selama tiga bulan itu akan bermula dalam masa terdekat (sebelum Jun) dan diikuti latihan industri sebelum ditempatkan dalam industri perladangan," katanya.
Katanya program pendedahan itu bakal memberi manfaat kepada graduan untuk mencari pekerjaan kerana ia meliputi 70 peratus latihan praktikal dan 30 peratus teori.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
ZURAIDA: Malaysia boleh meningkatkan pengeluaran sawit berikutan kita sudah membuka sempadan antarabangsa serta proses kelulusan permohonan dan kemasukan pekerja asing telah bermula di bawah kuota khas. - Gambar fail/BERNAMA
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.
PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti
Saifuddin Nasution berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Mahkamah perintah Zuraida Kamaruddin bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida diperintah bayar RM10 juta kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.