Malaysia masih berada di landasan untuk merekodkan 28 juta ketibaan pelancong tahun ini biarpun berhadapan beberapa cabaran, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
"Matlamat kami tahun ini ialah 28 juta pelancong. Beberapa bulan ini, kami berhadapan dengan pelbagai kesulitan seperti penculikan (di Sabah), kehilangan dua pesawat, ramai yang merasa ini akan menjejaskan pencapaian sasaran kami.
Saya ingin melaporkan bahawa kami masih di landasan kerana ketibaan pelancong antara Jan dan Mei meningkat 10 peratus ke 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas," kata beliau dalam ucapannya di pelancaran Festival George Town (GTF), malam tadi.
Turut hadir Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Nazri berkata tidak dinafikan GTF adalah satu pesta yang menjadi salah satu tarikan utama bukan sahaja di dalam negara tetapi di rantau ini dan kementerian berbangga menjadi sebahagian daripada GTF untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.
Nazri berkata kesenian sentiasa menjadi unsur penting dan Malaysia memperkenalkan Pesta Pelancongan Kesenian Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesenian yang berwibawa.
GTF Kelima bermula dengan Sarkis Sarkis, satu himpunan sarkis yang unik terdiri daripada persembahan empat negara iaitu Finland, Japan, China dan Thailand.
Pesta selama sebulan itu adalah sempena sambutan status Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan mengandungi 147 program termasuk pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian selain daripada pameran.
Bernama
Sat Aug 02 2014
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata matlamat kerajaan tahun ini ialah 28 juta pelancong.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia masih di landasan untuk tarik 28 juta pelancong tahun ini - Nazri
Malaysia masih berada di landasan untuk merekodkan 28 juta ketibaan pelancong tahun ini biarpun berhadapan beberapa cabaran.