Malaysia dijangka mampu mencapai kadar penurunan kes baharu jangkitan HIV iaitu tidak melebihi 11 kes daripada 100,000 penduduk pada tahun ini selaras dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor HIV/STI Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Fazidah Yuswan berkata pihaknya optimis mampu mencapai sasaran itu berdasarkan kadar kes baharu yang dicatatkan pada tahun lepas iaitu 10.9 kes daripada 100,000 penduduk.
"Jangkitan baru HIV/AIDS di seluruh dunia mencatat penurunan sebanyak 35 peratus sejak tahun 2000, begitu juga kematian akibat AIDS yang menurun sebanyak 42 peratus.
"Malaysia mengikut trend dunia dalam hal ini dengan mencatat penurunan kes baharu HIV sebanyak 50 peratus berbanding tahun 2002 dan trend penurunan itu kekal mendatar sejak 2010," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2016 Peringkat Negeri Pahang di sini hari ini.
Sambutan dengan tema 'Akhiri AIDS: Teruskan Komitmen, Tingkatkan Usaha, Kukuhkan Pencegahan HIV' dihadiri kira-kira 500 penduduk dari kawasan seitar.
Mengikut rekod kementerian, katanya 83 peratus daripada penghidap HIV di negara ini adalah lelaki, manakala 61 peratus pula adalah golongan muda berusia 20 hingga 39 tahun.
"Hampir 54 peratus faktor jangkitan adalah melalui hubungan seksual," katanya.
Beliau berkata kerajaan dan semua pihak terlibat kini komited untuk mengakhiri AIDS menjelang tahun 2030 dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk mengadakan dokumen Pelan Strategi Kebangsaan Akhiri AIDS 2016-2030 untuk panduan semua agensi. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2016
Jangkitan baru HIV/AIDS di seluruh dunia mencatat penurunan sebanyak 35 peratus sejak tahun 2000. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
124 kes HIV baharu di Johor - Exco
Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.
Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022
Johor Bahru melaporkan kes HIV baharu tertinggi iaitu 122 kes.
Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.
Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.
MAF, Perkeso jalin kerjasama bantu pencarum HIV/AIDS
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeson) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF) jalin kerjasama bagi memperkasakan ODHA dalam kalangan pencarum.
Pesakit AIDS juga manusia, dekati mereka. Agenda AWANI 9 malam ini
Akhiri ketidaksamaan layanan terhadap pesakit AIDS untuk kita bersama menangani penyakit tersebut.
Usaha tangani HIV/AIDS berdepan tekanan tatkala COVID-19 berlanjutan - Prof Adeeba
Antara cabaran lain termasuk kekuatan fizikal dan mental mereka yang menggerakkan inisiatif tersebut.
Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).