Malaysia-Pakistan tingkat hubungan dua hala, perdagangan dan pelaburan

Harits Asyraf Hasnan
September 26, 2019 05:37 MYT
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bersama rakan sejawatannya dari Pakistan Imran Khan ketika mengadakan perbincangan dua hala di sini pada Rabu. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Pakistan, Imran Khan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sesi ke-74.
Dr Mahathir menerusi laman Twitternya berkata kedua-dua pemimpin sependapat bahawa negara-negara Islam perlu dimartabat dan berdaya saing agar setanding seperti negara Jepun, China dan Korea Selatan.
“Kedua-dua pemimpin negara itu juga berhasrat untuk bekerjasama dalam pendidikan seperti mengadakan program pertukaran guru dan pensyarah bagi menaiktaraf keupayaan intelektual, selain kerjasama dalam penyediaan infrastruktur bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D),” memetik muat naik tersebut.

Kedua-dua pemimpin negara itu juga berhasrat untuk bekerjasama dalam pendidikan seperti mengadakan program pertukaran guru/pensyarah bagi menaiktaraf keupayaan intelektual. Selain kerjasama dalam penyediaan infrastruktur bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut dibincang. pic.twitter.com/Aa9ZmzqCAY

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perbincangan itu antara lain menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah untuk mengukuhkan hubungan dua hala termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara dua negara.
“Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bersama untuk mengenalpasti peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia dan Pakistan,” memetik kenyataan Azmin di laman Twitternya.

Both leaders have agreed to establish a Joint Committee to identify trade and investment opportunities in Malaysia and Pakistan. Following YAB Tun @chedetofficials leadership, the Ministry will take immediate action to spearhead this initiative. #MEA pic.twitter.com/3XEFMEj774

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) September 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua pemimpin sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Menurut Imran menerusi Twitternya, ketiga-tiga mereka bersetuju melancar saluran televisyen berbahasa Inggeris bertujuan memberi gambaran sebenar agama Islam kepada dunia.
Katanya, pelan daripada tiga negara Islam mewujudkan sebuah saluran televisyen berbahasa Inggeris khusus bagi mengetengahkan imej positif tentang Islam.
Saluran itu mampu memaparkan pelbagai rancangan bertujuan memperbetul berita dan maklumat palsu yang memburuk-burukkan Islam.

President Erdogan, PM Mahatir and myself had a meeting today in which we decided our 3 countries would jointly start an English language channel dedicated to confronting the challenges posed by Islamophobia and setting the record straight on our great religion - Islam.

— Imran Khan (@ImranKhanPTI) September 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azmin Ali #ekonomi #Islam #Mahathir Mohamad #MahathirUNGA #Malaysia #Pakistan #Perdana Menteri #Turki #Twitter #UNGA