KUALA LUMPUR:Malaysia menyifatkan Deklarasi Al-Ula yang ditandatangani negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada 5 Jan lepas sebagai perjanjian 'solidariti dan kestabilan' di wilayah Teluk Arab.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini yang menyambut baik perjanjian itu memaklumkan Malaysia menganggap perjanjian itu sebagai satu peristiwa penting yang signifikan dan pencapaian diplomatik yang besar dalam memulihkan hubungan antara negara jiran di Teluk Arab.
"Malaysia mempunyai hubungan erat yang sekian lama dengan semua negara di Teluk dan wilayah Arab. Sebagai rakan kongsi konstruktif, kami akan terus menyokong semua inisiatif damai yang dapat membawa kestabilan, perpaduan dan kemakmuran untuk rantau ini dan seterusnya," menurut kenyataan itu.
Deklarasi Al-Ula diumumkan di luar sesi ke-41 Sidang Kemuncak GCC yang diadakan di bandar Al-Ula, Arab Saudi.
Deklarasi itu penting dalam memperbaiki hubungan antara Emiriah Arab Bersatu bersama Arab Saudi, Mesir dan Bahrain dengan Qatar selepas negara berkenaan memutuskan hubungan diplomatik, perdagangan dan perjalanan dengan Qatar atas dakwaan menyokong kumpulan ekstremis di rantau itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini yang menyambut baik perjanjian itu memaklumkan Malaysia menganggap perjanjian itu sebagai satu peristiwa penting.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Malaysia sambut baik deklarasi Al-Ula pulihkan hubungan antara negara teluk
Deklarasi Al-Ula diumumkan di luar sesi ke-41 Sidang Kemuncak GCC yang diadakan di bandar Al-Ula, Arab Saudi.