KUALA LUMPUR: Sebagai antara anggota perintis Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Malaysia menyambut baik penyertaan China dalam CPTPP yang dijangka berlaku tahun depan.
"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) khususnya Malaysia menyokong langkah China membuat permohonan rasmi menyertai CPTPP," kata MITI kepada Bernama ketika ditanya menyertai penyertaan China tersebut.
Pada bulan Februari tahun ini, United Kingdom menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik yang membuat permohonan rasmi menyertai CPTPP.
Dalam jangka masa tujuh bulan, ia adalah sesuatu yang menarik untuk melihat CPTPP menerima penyertaan dari negara-negara lain yang menunjukkan nilai penting daripada perjanjian itu kerana dapat menarik minat negara dari luar rantau Asia-Pasifik.
CPTPP yang dianggap perjanjian perdagangan serantau bernilai tinggi, ia menawarkan peluang ekonomi yang sangat besar bagi Malaysia dan China.
"Dengan usaha domestik yang sedang berlangsung, ia menempatkan Malaysia dalam landasan ratifikasi CPTPP dan berkemungkinan akan berlaku rundingan mengenai kemasukan China dalam CPTPP tahun depan, MITI yakin hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan China akan meningkat ke tahap yang lebih baik dalam pada masa depan," katanya.
CPTPP adalah perjanjian perdagangan antara Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam.
Malaysia kini berada di landasan tepat dalam meratifikasi CPTPP, sementara menunggu mandat terperinci dan jelas daripada Kabinet, kata MITI baru-baru ini.
Pengarah Kanan Bahagian Rundingan Strategik MITI, Arividya Arimuthu berkata pentadbiran semasa telah menjelaskan bahawa kerajaan akan meneruskan dasar yang mesra perdagangan dan perniagaan serta terbuka untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang memberi keuntungan.
"Kami akan menunggu arahan Kabinet bagi hala tuju berkaitan CPTPP menjelang akhit tahun ini atau pun mungkin pada suku pertama tahun 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 19 2021
Malaysia kini berada di landasan tepat dalam meratifikasi CPTPP, sementara menunggu mandat terperinci dan jelas daripada Kabinet, kata MITI baru-baru ini.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
CPTPP bantu Malaysia raih FDI RM14.9 bilion pada suku ketiga 2023 -- Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata FDI dari Jepun meningkat sebanyak RM4 bilion manakala dari Australia naik sebanyak RM1 bilion berbanding 2022.
Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.
MITI akan pastikan usahawan Bumiputera, GLC peroleh manfaat CPTPP
Pelbagai inisiatif jangka pendek dan panjang dirangka dan dilaksanakan termasuk program pembangunan pengeksport dan penggalakan eksport.
Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
Industri minyak sawit Malaysia akan raih manfaat penyertaan UK dalam CPTPP - Penganalisis
Industri minyak sawit Malaysia adalah antara sektor yang akan menerima manfaat daripada penyertaan UK dalam CPTPP.
Kelulusan keahlian CPTPP baharu berdasarkan konsensus - Tengku Zafrul
Kelulusan keahlian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang baharu mesti berdasarkan konsensus.
United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia
United Kingdom (UK) hari ini secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global
MITI bakal membincangkan berkenaan ekonomi digital, ekonomi hijau, dan integrasi PKS Malaysia ke dalam rantaian bekalan global ketika Mesyuarat Suruhanjaya ke-7 CPTPP di New Zealand.
Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi
Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.