Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan itu akan dapat disalurkan sebaik sahaja mendapat kelulusan kerajaan Mesir untuk membuka pintu sempadan di Rafah.
"Tempoh dua minggu ini anggaran kasar kita, secara spesifik kita tidak tahu bila kebenaran boleh diperoleh, ini kerana keadaan di sempadan Rafah boleh berubah," katanya pada sidang media di Seri Perdana di sini.
Najib berkata beliau telah meminta Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membuat persediaan misi kemanusiaan seperti bantuan makanan dan perubatan.
Misi tersebut akan turut membawa doktor ortopedik dan pakar bedah untuk menolong mereka daripada segi perubatan dan sebagainya.
"Malam tadi saya berhubung melalui telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal untuk sampaikan rasa simpati yang amat sangat dari semua kaum di Malaysia yang terasa dengan penderitaan rakyat Palestin.
"Beliau ada memaklumkan meminta bantuan dan kita buat persediaan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan dan perubatan", katanya.
Dalam perbualan telefon selama 10 minit antara beliau dengan Khalid, Najib berkata beliau juga menyatakan pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis yang telah mengorbankan orang awam yang tidak berdosa.
Najib dalam masa sama turut mengalakkan pembabitan badan bukan kerajaan, (NGO) untuk sama-sama menghantar bantuan ke Gaza namun ia perlu diselaraskan.
"Pusatnya adalah melalui Biro Kebajikan UMNO, bantuan-bantuan ini akan diselaraskan mereka yang akan melakukan misi menghantar bantuan ini nanti.
"NGO lain yang berhasrat untuk turut serta bolehlah berdaftar dengan biro berkenaan," katanya
Mengulas tindakan terhadap Israel, Najib berkata Malaysia telah membuat saranan terbuka supaya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bertindak.
"Kita akan terus melakukan desakan melalui saluran diplomatik supaya kedua-dua organisasi ini dapat bertindak," katanya.
Hakim Rahman
Tue Jul 15 2014
Penduduk Palestin berkumpul di masjid mengelilingi jenazah Saddam Abu Muamer yang terbunuh dalam serangan terbaru Israel pada Isnin di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. - AP Photo/Lefteris Pitarakis
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.