PHNOM PENH: Malaysia menambah 16 pingat emas pada Isnin menerusi kombinasi sukan 'lubuk emas' olahraga dan renang serta dibantu oleh dua sukan lain iaitu judo dan ping pong pada hari ketiga temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023, di sini.
Hasil kerja keras atlet 'istimewa' membolehkan kontinjen negara mengumpul 24 emas, 17 perak dan 12 gangsa setakat ini.
Atlet Eddy Bernard, muncul wira skuad olahraga negara apabila menyumbang dua pingat emas dalam acara 100 meter (m) T44 dan lompat jauh (kecacatan fizikal); diikuti Muhammad Ashraf Muhammad Haisham (1,500m T46 (kecacatan fizikal); Mohamad Saifuddin Ishak (Lompat Jauh T11-12) dan Zulkifly Abdullah (Lompat Jauh T20-kecacatan intelektual).
Turut unggul meraih emas ialah Mohamad Aliff Mohamad Awi dan Mohd Shahmil Md Saad masing-masing menerusi acara lontar peluru F20- kecacatan intelektual dan lontar peluru F56 - kecacatan anggota.
Kem renang tidak kurang hebatnya apabila turut menghadirkan tujuh kilauan emas menerusi Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan daripada acara 100m kuak lentang S14- kecacatan intelektual; Lee Kher Zy (200m gaya bebas S5-kecacatan fizikal) dan Mohd Adib Iqbal Abdullah (50m Kuak Dada SB14 -kecacatan intelektual).
Muhammad Nur Syaiful pula meraih emas 50m kuak dada SB4- kecacatan fizikal; Abd Halim Mohammad (50m kuak dada SB8- kecacatan fizikal lelaki) dan Carmen Lim bagi kategori sama wanita.
Acara 4x100m rampaian S14- kecacatan intelektual yang mengandingkan Ethan Khoo; Bryan Lau; Muhammad Imaan Aiman dan Mohd Adib Iqbal turut menyumbang emas apabila merekodkan 4 minit 15.29 saat untuk mengesahkan emas buat Malaysia.
Skuad judo dan ping pong mencipta sensasi apabila turut menjelmakan satu pingat emas menerusi sukan masing-masing iaitu Muhamad Fatah Abu Bakar bagi judo (-73 kg J2 - kecacatan penglihatan) dan gandingan Brady Zi Rong Chin-Chee Chaoming dalam berpasukan ping pong lelaki TT9 - atlet berdiri.
Tumpuan kontinjen negara hari ini sudah pastinya terarah kepada atlet olahraga Muhammad Ashraf, yang memburu pingat emas ketiganya, menerusi acara 800m lelaki (T46- kecacatan fizikal).
Beliau sebelum ini meraih dua pingat emas menerusi acara 5,000m dan 1,500m
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Atlet judo Muhammad Fatah Abu Bakar (dua, kiri) memperoleh pingat emas menerusi kategori J2 -73 kilogram pada aksi final di Federation Youth of Malaysia, Kemboja. - Foto BERNAMA
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.
Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.
Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.
Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG 2023: Skuad bola sepak CP tamat kemarau 10 tahun emas
Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1.
APG 2023: Zy raih emas namun belum puas
Perenang muda Lee Kher Zy belum berpuas hati dengan prestasi semasanya walaupun berjaya memenangi pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.
CDM puji atlet 'luar biasa' di Kemboja capai sasaran emas
Kredit harus diberikan kepada barisan atlet dan jurulatih yang telah berpenat lelah menjalani latihan tanpa jemu.
Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.
APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.