KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun berhadapan sekatan perjalanan di seluruh dunia, Malaysia menyampaikan mesej yang jelas untuk mempromosikan negara ini sebagai satu destinasi percutian yang selamat dengan menyertai ekspo World Travel Market (WTM) 2021 yang bermula hari ini, di London, United Kingdom.
Dalam satu kenyataan pada Isnin Tourism Malaysia berkata di WTM 2021 penggiat pelancongan dari seluruh dunia akan mendapat informasi terkini mengenai pelancongan ke Malaysia, terutama gelembung pelancongan antarabangsa pertama negara ke Langkawi bagi pengunjung luar negara yang lengkap vaksinasi, tanpa perlu menjalani kuarantin, mulai 15 Nov ini.
"Tourism Malaysia percaya WTM merupakan platform penting untuk memperkenalkan tarikan pelancongan baharu dan akan datang di Malaysia, yang memenuhi permintaan pasaran United Kingdom dan Eropah," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Zainuddin Abdul Wahab berkata pihaknya optimistik bahawa tahun ini, iaitu tahun ke-40 Tourism Malaysia menyertai WTM, akan membolehkan agensi itu berhubung semula dengan rakan-rakan kongsinya selain membina hubungan baharu.
"WTM terus menjadi platform penting untuk kami (Tourism Malaysia) dalam mempromosi tawaran pelancongan Malaysia yang luas dan untuk memperkenalkan tarikan pelancongan baharu dan akan datang, yang kami yakin akan menarik perhatian pasaran Eropah," katanya.
Selain itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar berkata sepanjang ekspo itu, Malaysia bersedia untuk meraih semula keyakinan agensi-agensi pelancongan antarabangsa bagi mempromosi dan menjual produk pelancongan negara.
"Penyertaan kami akan memberi peluang kepada pemain industri dari seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancongan ke Malaysia," katanya.
Kenyataan itu turut menyebut WTM 2021 menerima kedatangan para peserta secara bersemuka di ExCel London, mulai hari ini hingga 3 Nov, sebelum perjumpaan secara maya diadakan pada 8 dan 9 Nov menerusi platform dalam talian WTM London.
Tourism Malaysia akan turut disertai rakan-rakan dari Pahang dan wakil sektor swasta daripada Malaysia Airlines dan Berjaya Hotels, menurut kenyataan itu.
"Secara maya, sebanyak 10 organisasi akan mengambil bahagian sepanjang acara itu, meliputi empat pengendali pelancongan, dua lembaga pelancongan negeri, tiga hotel dan tempat peranginan, serta seorang pemilik produk," menurut Tourism Malaysia.
Tourism Malaysia juga berkata ia sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan antabarangsa untuk meningkatkan penerbangan ke tanah air.
Buat masa ini, Malaysia Airlines menyediakan dua penerbangan seminggu dari London ke Kuala Lumpur sehingga Disember tahun ini. Kekerapan penerbangan itu dijangka ditingkatkan kepada lima kali seminggu antara Januari hingga Mac 2022, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Di WTM 2021 penggiat pelancongan seluruh dunia akan mendapat informasi terkini mengenai pelancongan ke Malaysia, terutama gelembung pelancongan antarabangsa pertama negara ke Langkawi. - Gambar fail
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
'Mai ke Perlis!' Usaha pikat hati pencinta eko-pelancongan antarabangsa terus dipergiat
Perlis ketengah identiti destinasi eko pelancongan unggul bagi menarik kedatangan pelancong dan ia disemarakkan dengan pelbagai kerjasama.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Tourism Malaysia berhasrat bekerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan
Tourism Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa dan agensi pelancongan.
Manoharan ganti Ammar sebagai Ketua Pengarah Pelancongan
Bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia baharu.
MyCEB jangkakan lebih 270 acara pada 2024
Pada tahun lepas, Malaysia menjadi lokasi bagi penganjuran 253 acara merangkumi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran pelancongan.
Tourism Malaysia jangka lebih ramai pelancong Indonesia tahun ini
Tourism Malaysia menjangkakan kedatangan lebih ramai pelancong dari Indonesia tahun ini, sempena kempen melawat negeri 2024 di Melaka, Kelantan, Perak dan Perlis.
Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam
Batik Air melebarkan sayapnya menerusi laluan baharu ke Batam, Indonesia dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula Jumaat lalu.
Tourism Malaysia yakin sasaran 27.3 juta pelancong asing tahun ini dapat dicapai
Pada tahun lepas lebih 20 juta pelancong asing datang ke Malaysia, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 19.1 juta pelancong.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Aktiviti basikal lipat semakin 'digilai', 2,500 individu berkumpul di HMBLK 2.0
Bersaiz kecil, senang disimpan dan praktikal ini menjadikan aktiviti basikal lipat semakin digemari dan menjadi trend dalam kalangan anak muda.