Kementerian Luar berpandangan pentadbiran baharu Amerika Syarikat yang bakal diterajui Donald Trump, tidak akan mengambil langkah-langkah regresif berkaitan dasar luar negara berkenaan termasuk hubungannya dengan negara-negara Islam.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kementerian itu berpandangan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika akan kekal kukuh pada masa depan.
"Hubungan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara adalah terbina atas dasar saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan berdasarkan kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang kepentingan termasuk pertukaran lawatan, dialog, perdagangan, pelaburan, pertahanan, keselamatan, pendidikan, pertanian, sains dan teknologi serta peningkatan hubungan antara rakyat," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Negara, pada Rabu.
Malah, katanya, peningkatan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat ke tahap perkongsian komprehensif pada tahun 2014 di dalam pelbagai bidang kerjasama telah memberikan banyak manfaat kepada kedua-dua negara.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan bekerjasama dengan pentadbiran baharu Amerika bagi memastikan kesinambungan kepentingan kedua-dua negara.
Trump, wakil Parti Republikan telah memenangi pilihan raya Presiden Amerika yang berlangsung pada 8 Nov lepas.
Beliau memperoleh sejumlah 306 undi elektoral dan menewaskan Hillary Clinton daripada Parti Demokrat.
Pada masa ini, proses peralihan pentadbiran masih berlangsung dengan pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Trump hanya akan dilantik secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 pada 20 Jan 2017. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2016
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kementerian itu berpandangan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika akan kekal kukuh pada masa depan. -Gambar fail
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik David Sacks ketuai Agensi AI dan Kripto
Donald Trump pada Khamis melantik bekas Ketua Pegawai Operasi PayPal David Sacks mengetuai agensi kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto negara itu.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.