Ketiadaan kelibat pemimpin Pakatan Harapan (PH) Kedah semasa banjir besar melanda negeri itu membuktikan sikap tidak bertanggungjawab mereka dalam menangani bencana.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia menunjukkan kelemahan sama ada daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen PH sendiri.
Tegasnya, ia termasuk antaranya Gooi Hsiao Leung dari Parlimen Alor Setar, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Datuk Johari Abdul (Sungai Petani).
"Ramai pemimpin PH yang lain mengambil sikap lepas tangan. Malah sebahagiannya langsung menghilangkan diri dan tidak ambil peduli pengundi yang memilih mereka selama ini. Mana mereka?
"Amat dikesali mereka hanya sibuk berbicara soal mahu membina negara. Menjaja ceramah menghasut di sini sana walhal keperluan mangsa banjir di kawasan terabai.
"Mereka bukan sekadar lambat bertindak, kurang peduli malah dalam kebanyakkan hal jentera UMNO yang akhirnya mendepani dan mengambil peranan yang diabaikan wakil rakyat PH yang berterusan dibuai angan-angan mahu menguasai Kedah," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.
BACA: Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang
BACA: Tiga sekolah di Perlis, Kedah ditutup esok susulan banjir
Tegasnya, langkah itu berbeza dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Bashah yang mengkoordinasi jawatankuasa bencana negeri dengan begitu cekap.
"Beliau juga mengambil pendekatan proaktif dengan meninjau sendiri kesemua pusat pemindahan banjir yang diwujudkan di daerah terlibat bagi memastikan tiga perkara penting sentiasa dalam keadaan siap siaga.
"Pertama keperluan asas mangsa disediakan, kedua, bantuan dari kesemua agensi diselaraskan supaya cepat sampai dan ketiga, keselesaan serta khidmat bantuan susulan selepas banjir diberikan," ujarnya.
Kata Shaiful lagi, itulah petunjuk prestasi utama (KPI) cemerlang Ahmad Bashah yang tidak pernah mengenal penat, siang atau malam semasa memberikan khidmat kepada rakyat.
"Dengan gabungan muafakat seluruh jentera UMNO bahagaian dan negeri juga serta siap siaga seluruh jentera agensi dan jabatan, tenyata pengurusan banjir di Kedah tahun ini menampakkan kesan yang baik selain refleksi kecekapan dalam tindakan.
"Jika aspek pengurusan risiko dan krisis yang melibatkan rakyat masih gagal difahami dan dihayati oleh pimpinan PH, maka dua persoalan boleh ditimbulkan.
"Pertama, bagaimana mungkin mereka mahu memenuhi aspirasi dan keperluan rakyat Kedah semasa berlakunya krisis kerana kurang sikap kepedulian yang menjadi amalan selama ini dan kedua, berdasarkan bukti rekod, pimpinan PH hanya bijak memberi alasan serta beretorik dari berusaha melakukan tindakan seperti yang terbukti melalui pengalaman BN dan UMNO selama ini dalam soal pengurusan bencana," tegasnya.
Nyatalah, kata Shaiful, PH bukanlah opsyen terbaik untuk menjadi pilihan kepada rakyat Kedah di atas segala tindak tanduk mereka selama ini yang cukup mengecewakan.
"Pemuda UMNO Kedah yang 'kesepian' tanpa pemimpin PH menangani bencana banjir pada tahun ini membuktikan mereka sama sekali tidak layak menjadi sebuah kerajaan alternatif, ataupun 'Government in the waiting' yang mampu menggalas tanggungjawab membela rakyat kelak," ujarnya.
Jelasnya, hujan lebat berterusan selain air pasang besar dan pelepasan air dari beberapa buah empangan utama kesan dari takungan yang melepasi paras bahaya menyebabkan beberapa buah daerah di Kedah seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Kuala Muda/Yan dilanda banjir kilat.
"Banjir kali ini tidaklah seteruk banjir besar 2010 di Kedah yang lalu tatkala kerajaan pakatan ketika itu terkapai-kapai dalam mengurus isu bantuan bencana sehingga memerlukan campur tangan pusat selain jentera BN dan UMNO sendiri yang setiasa di hadapan meskipun bergelar pembangkang ketika itu.
"Bezanya banjir kali ini hanyalah kesan air dari hulu yang melimpahi sungai utama. Selain kesannya sudah dijangka dan dengan inisiatif projek tebatan banjir yang akan siap sepenuhnya 2018 nanti, banyak kawasan di negeri ini terhindar dari bencana banjir," katanya.
Astro Awani
Sun Sep 24 2017
SHAIFUL: Ramai pemimpin PH yang lain mengambil sikap lepas tangan semasa isu banjir melanda negeri Kedah. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.