INI betul-betul ‘Royal Rumble’. 11 parti akan berentap merebut tampuk kuasa pentadbiran Darul Takzim dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi buruan 239 calon yang pemenangnya akan ditentukan oleh 2.57 juta pengundi di Johor.
Bangsa Johor pastinya amat berbelah bahagi, ketika sibuk untuk bangkit kembali selepas dibadai pandemik, pening pula hendak pilih mana satu calon yang kena dengan akal dan hati.
PRN kali ini juga menjadi medan pertama memperlihatkan kuasa anak muda dalam sistem demokrasi negara, apabila lebih 150,000 pengundi 18 tahun diberi mandat memilih barisan kepimpinan baharu Johor.
Mungkinkah faktor anak muda ini akan memberikan warna baharu dalam senario pilihan raya di negara ini selepas berdekad lamanya? Mungkin.
Atau mungkin kuasa pengundi akar umbi masih menjadi pengaruh terbesar dalam menentukan kemenangan khususnya parti-parti yang besar dan sudah lama wujud, berbanding dengan parti-parti lain. Mungkin.
Boleh kata ini menjadi medan setiap parti menguji kekuatan masing-masing, memandangkan ini mungkin PRN terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang bakal berlaku tidak lama lagi.
Apapun malam ini, Astro AWANI menjadi ‘pembuka tirai’ kepada pertarungan hebat di selatan Sabtu ini, wakil daripada setiap 11 parti yang bertanding tampil ‘membuka buah’ masing-masing:
Barisan Nasional (BN) - Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi BN Johor
Perikatan Nasional (PN) - Datuk Dr. Radzi Jidin, Naib Presiden PN
Pejuang - Datuk Mukhriz Mahathir, Presiden Pejuang
Pakatan Harapan (PH) - Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor
PKR - Dr. Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam/Calon DUN Layang-Layang
Bebas - Kapten (B) Najib Lep, Calon DUN Bukit Pasir
MUDA - Amira Aisya Abd Aziz, Setiausaha Agung MUDA, Calon DUN Puteri Wangsa
WARISAN - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden WARISAN
Parti Bangsa Malaysia (PBM) - Steve Choong Shiau Yoon, Pengerusi PBM Johor
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) - Kamarolzaman Mohd Jidi, Calon DUN Semerah
Parti Sosialis Malaysia (PSM) - Arangkannal Rajoo, Calon DUN Kota Iskandar
Ikuti Siaran Khas Tawaran Semua Parti PRN Johor pukul 830 malam ini dan siaran ulangan pada Jumaat di semua platform Astro AWANI.
Israr Khalid
Thu Mar 10 2022
Ikuti Siaran Khas Tawaran Semua Parti PRN Johor pukul 830 malam ini dan siaran ulangan pada Jumaat di semua platform Astro AWANI.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.