KUALA LUMPUR:Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di beberapa negeri mencecah seramai 47,038 orang petang ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di 290 pusat pemindahan meningkat sedikit kepada 27,090 orang setakat pukul 2.00 petang ini berbanding 27,073 mangsa pagi tadi.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan Temerloh merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu 10,882 orang diikuti Maran (3,515), Lipis (2,528), Jerantut (2,065), Raub (1,998), Kuantan (1,957), Pekan (1,880), Bera (1,264) dan Rompin (1,001).
Portal berkenaan turut memaklumkan paras air Sungai Pahang di Bera, Jerantut, Maran, Pekan dan Temerloh, melepasi tahap bahaya.
Sementara itu, Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad dalam laman Twitternya memaklumkan penutupan laluan di KM84.6 Karak-Temerloh menghala Timur, selain KM113 dan KM115 (Temerloh-Lanchang) masih belum dibuka sejak Selasa lalu. Turut ditutup, laluan di KM126 Chenor-Temerloh bagi kedua-dua arah.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 13,092 orang di 50 pusat pemindahan setakat 3 petang ini berbanding 12,899 orang pada 8 pagi tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 11,211 orang diikuti Dungun (1,745) dan Hulu Terengganu (136).
Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan dua sungai di dua daerah masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di enam jajahan di KELANTAN menunjukkan penurunan kepada 5,597 orang pada petang ini berbanding 6,319 orang pagi tadi dan ditempatkan di 66 pusat pemindahan.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 2 petang ini, Kuala Krai masih kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,837 orang diikuti Pasir Mas (1,680), Tanah Merah (537), Gua Musang (365), Jeli (156) dan Kota Bharu (22).
Portal infobanjir.water.gov.my memaklumkan setakat pukul 2.00 petang ini, tujuh sungai di negeri itu merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang; Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai; dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan menurun kepada 1,259 orang setakat pukul 3.30 petang ini, berbanding 1,422 orang pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata Kluang masih mencatatkan mangsa tertinggi seramai 578 orang diikuti Mersing (335), Kota Tinggi (185), Segamat (89) dan Johor Bahru (72).
Vidyananthan berkata setakat ini Jalan Haji Suhud di Johor Bahru serta Jalan Tanah Abang di Mersing ditutup sepenuhnya untuk semua kenderaan ketika ini.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir di tiga daerah terjejas berkurang kepada 196 orang pada pukul 3.00 petang ini berbanding 359 orang pagi tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan mangsa teramai adalah di daerah Hilir Perak iaitu 171 orang, Hulu Perak (16) manakala di Perak Tengah seramai sembilan orang.
Menurut infobanjir.water.gov.my, setakat pukul 2 petang ini, Sungai Perak di Kuala Kenderong dan Tasik Temengor dalam daerah Hulu Perak serta di Kampung Gajah, Perak Tengah berada pada tahap amaran selepas masing-masing mencatatkan bacaan 112.39 meter (m), 247.02 m dan 6.60 m.
Di SABAH pula, semua 35 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 12 tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 08 2021
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di 290 pusat pemindahan meningkat sedikit kepada 27,090 orang setakat pukul 2.00 petang ini berbanding 27,073 mangsa pagi tadi. - Gambar fail/BERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pelajar ILP bantu mangsa banjir baiki peralatan elektrik
Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang rugi ribuan ringgit selepas pelbagai barangan rumah ditenggelami air.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.