KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menunjukkan penurunan kepada 40,205 orang setakat petang ini berbanding 41,154 orang pagi tadi manakala keadaan banjir di Sarawak pulih sepenuhnya.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 40,005 orang setakat 4 petang berbanding 40,847 orang direkodkan pada 8 pagi tadi susulan penutupan lapan pusat pemindahan sementara (PPS).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan penutupan PPS tersebut menjadikan 128 PPS yang masih beroperasi di empat daerah, setakat ini.
Menurut JPBN, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 39,158 daripada 10,924 keluarga; diikuti Muar dengan 548 mangsa (170 keluarga); Segamat 212 orang (56 keluarga) dan Tangkak 87 mangsa (15 keluarga).
Tiga sungai di Batu Pahat masih melepasi aras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini pada paras 19.42 meter (m), Sungai Senggarang di Senggarang (3.63m) dan Sungai Simpang Kiri di Sri Medan (2.41m) selain Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar yang mencatatkan bacaan 3.45m.
Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin berkurangan pada tengah hari ini kepada 145 orang berbanding 155 orang pagi tadi.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin terus berkurang kepada 55 mangsa daripada 13 keluarga pada 2 petang ini berbanding 61 mangsa daripada 14 keluarga pada 8 pagi.
Sementara di SARAWAK, Sekretariat JPBN melaporkan tiada lagi mangsa banjir di dua PPS iaitu Dewan Sinaran Lumut dan Dewan Kampung susulan penutupan PPS tersebut setakat 3 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 40,005 orang setakat 4 petang berbanding 40,847 orang direkodkan pada 8 pagi tadi. - Gambar fail
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).