ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku esok sehingga 7 November membuatkan kebanyakan mangsa banjir di Kedah bimbang rumah mereka akan ditenggelami air seterusnya menanggung kerugian lebih serius.
Rata-rata mereka yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin risau apabila hujan lebat kerap berlaku, mengingatkan mereka kepada banjir besar pada 2010.
Norhaslina Harun, 40, berkata dia yang kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar berkata, banjir di rumahnya di Kampung Tanjung Inggeris, Langgar belum surut sejak tiga hari lalu.
Katanya, dia yang tinggal bersama ibunya, Fatimah Awang, 79, yang tidak dapat berjalan kerana uzur tidak sempat berbuat apa-apa kerana air naik begitu cepat.
"Terakhir saya macam ni 2010. Selepas 11 tahun, saya risau sangat banjir besar yang macam dulu berulang kembali. Cuaca pun nampak kerap hujan sekarang, banjir di kawasan rumah pun belum surut lagi ditambah pula air pasang besar esok," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Seorang lagi mangsa banjir, Norkiah Suib, berkata banyak barang berharga tidak sempat diselamatkan ketika banjir melanda rumahnya beberapa hari lalu.
"Habis semua perabot rosak disebabkan banjir, tak sempat nak pindahkan ke tempat tinggi. Masa tinggalkan rumah untuk ke PPS, kami hanya dapat selamatkan barang dan dokumen penting saja.
"Benda-benda lain yang sempat dialihkan kami letak atas tangga. Yang lain ada juga barang yang kami ikat pada tangga seperti peti ais.
"Kalau banjir lagi teruk berlaku disebabkan air pasang besar ini, kami tawakkal sahajalah, kami tak mampu nak buat apa dah," katanya.
Mohd Saleh Abu Bakar pula berkata, berdasarkan pengalaman pada 2020, banjir disebabkan air pasang besar berlaku dengan pantas apabila ban di kawasan berhampiran rumahnya pecah.
"Dengan musim macam ini kami kena lebih berhati-hati lagilah, mungkin kalau ikut daripada ramalan cuaca itu (air pasang besar), kami berwaspadalah jika banjir semakin buruk," katanya.
Sementara itu, Penghulu Mukim Langgar, Mohd Fatin Ibrahim berkata, setakat ini 80 mangsa dari 23 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar selepas rumah mereka dinaiki air.
Katanya, ia membabitkan penduduk Kampung Alor Setoi, Kampung Makam Diraja, Alor Jawi dan Kampung Tanjung Inggeris.
Jelasnya, fenomena air pasang besar disertai hujan lebat akan menyebabkan aliran air Sungai Langgar di kawasan itu bertembung dengan air laut yang parasnya sudah menjadi semakin tinggi seterusnya menyebabkan banjir.
Mohd Fatin berkata, pihaknya bersama pelbagai agensi lain sudah bersedia untuk membuka PPS baharu di situ sekiranya mangsa banjir bertambah di mukim berkenaan.
"Kita telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga, antaranya penyediaan PPS, bagaimanapun sekiranya berlaku kekurangan tempat di PPS kita telah sediakan satu lagi pusat pemindahan di SK Langgar," katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali, dilapor berkata, fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 November.
Katanya, fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.
Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas adalah Kuala Muda, namun semua penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Nov 03 2021
Rata-rata mangsa banjir yang kini ditempatkan di PPS semakin risau apabila hujan lebat kerap berlaku, mengingatkan mereka kepada banjir besar pada 2010. - Gambar/ Astro AWANI
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Banjir Kedah: PPS di Padang Terap ditutup sepenuhnya
PPS Sekolah Kebangsaan Tualak yang dibuka di Padang Terap, tengah malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir telah ditutup sepenuhnya pada 11.30 pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perak menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perak mencatatkan penurunan pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini 356 orang.
Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
APM Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
Mangsa banjir Kedah menurun, PPS di Kubang Pasu ditutup
Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah menurun kepada 75 orang setakat 2 petang berbanding 95 orang yang dicatatkan pagi tadi.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
8 sekeluarga terperangkap di chalet akibat banjir kilat
Lapan sekeluarga terperangkap di sebuah chalet di Jalan Puncak Janing di sini, selepas kawasan itu dilanda banjir kilat jam kira-kira 7.45 malam tadi.
Bilangan mangsa banjir di Kedah meningkat
Bilangan mangsa banjir di Kedah bertambah petang ini dengan keseluruhan seramai 62 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Langkawi dan Kubang Pasu.
Paras sungai lepasi tahap bahaya di Langkawi, Yan, penduduk diminta berwaspada
Penduduk yang tinggal di berhampiran sungai terutama di Langkawi dan Yan diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras sungai lepasi tahap bahaya.