Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,386 orang membabitkan 1,342 keluarga sehingga pukul 8.00 malam tadi berbanding 2,652 mangsa pada pukul 4.00 petang Ahad dengan jajahan Kuala Krai kembali dilanda banjir.

Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan Pasir Mas terus mencatatkan peningkatan kepada 2,390 mangsa berbanding 1,149 mangsa petang Ahad.

Sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pasir Mas dengan 155 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum, 39 mangsa di PPS Putat Tujoh, 231 mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, 20 mangsa di SK Kampung Baru dan 97 mangsa di SK Sri Kiambang.

Manakala 80 mangsa di SK Bakong, 28 mangsa di SK Lubok Stol, 79 mangsa di Sekolah Menengah (SM) Perempuan Pasir Mas, 128 mangsa di SM Agama Qariah Banggol Stol, 231 mangsa di SK Kubang Kual dan enam mangsa di Madrasah Tasek Bakong.

BACA: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

Selain itu, 79 mangsa di SK Baroh Pial, lapan mangsa di SK Kg Rahmat, 46 mangsa di SK Tok Deh, 381 mangsa di SK Gual Tinggi, 128 mangsa di SK Kedai Tanjong dan 19 mangsa di Sekolah Menengah Agama (SMA) Pohon Buluh dan 635 mangsa di SK Sri Rantau Panjang 2.

Di Kota Bharu, 676 mangsa telah dipindahkan ke enam PPS iaitu 312 mangsa di SK Sri Ketereh, 104 mangsa di SK Buloh Poh, 122 mangsa di Islamic Outreach ABIM Kok Lanas, 71 mangsa di SK Melor, 48 mangsa di SK Tiong, tiga mangsa di SMK Long Ghafar dan 16 mangsa di SK Mulong.

Di Pasir Puteh pula, 582 mangsa menghuni tujuh PPS membabitkan 151 mangsa di Kompleks Dewan Kamil, 75 mangsa di SK Changgai, 17 mangsa di SK Bukit Jawa 2, 80 mangsa di SK Sungai Petai, 182 mangsa di SK Kamil 1, 37 mangsa di SK Wakaf Raja dan 40 mangsa di SRK Kamil 2.

BACA: Air naik mendadak, lebih 150 penduduk terperangkap diselamatkan

Sementara itu di Tanah Merah, seramai 278 mangsa dipindahkan di tujuh PPS iaitu 39 mangsa di SK Kelewek, 12 mangsa di SK Bukit Panau, 71 mangsa di SK Alor Pasir, 27 mangsa di SK Kulim, 41 mangsa di Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang, 47 mangsa di Masjid Mukim Kuala Kepok, 35 mangsa di Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Kajang dan enam mangsa di Dewan Pemindahan Banjir Tebing Tinggi.

Di Bachok seramai 228 mangsa dipindahkan iaitu 147 di SMK Jelawat dan 81 di SMK Pak Badol.

Dalam pada itu empat PPS dibuka di Machang dengan 37 mangsa ditempatkan di SK Pak Roman, lapan mangsa di SK Mata Air, 99 mangsa di SK Pulai Chondong dan baki tujuh mangsa lagi di Masjid Al-Furqan.

Dua PPS pula dibuka di Kuala Krai membabitkan 20 mangsa di SK Chenulang dan 61 mangsa Pusat Asuhan Kuala Pertang.

BACA: Banjir besar: Rakyat Kelantan diseru solat hajat, berdoa - MB

Dalam perkembangan sama, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas terus meningkat kepada 10.44 meter melepasi paras bahaya 9 meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula melepasi paras amaran iaitu 2.45 meter (amaran 2.15 meter), Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai kepada 33.28 meter (amaran 31 meter), Sungai Kelantan di Kuala Krai kepada 23.51 meter (amaran 22.50 meter), Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah kepada 14.28 meter (14 meter) dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah kepada 23.04 meter (amaran 22.50meter).

-- BERNAMA