Rumah tempat berteduh dilanda banjir, bekalan air di pusat pemindahan sementara pula tidak mencukupi.
Itulah nasib malang yang menimpa, Rosmah Sijam, 41, yang mempunyai lapan anak termasuk yang masih kecil dari Kampung Keranjangan yang kini terpaksa berteduh di pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said, di sini.
Kerana masalah yang dihadapi itu, Rosmah meminta pihak berwajib memberikan bekalan makanan dan minuman mencukupi terutamanya keperluan bekalan air mandi supaya meringankan beban mereka sekeluarga khususnya mempunyai anak yang masih kecil
"Dari pagi tadi, kecuali air minumanlah kami dapat, bekalan air untuk keperluan lain kurang pasti sebab air tandas pun tidak ada dan aturlah kelengkapan untuk kami dan budak-budak ini.
"Air untuk mandi dan kegunaan untuk buang air tiada di tandas," katanya yang hanya mampu mengeluh mengenang nasib yang menimpa diri dan keluarganya.
Sementaraitu, lain halnya pula bagi Mohamad Afiq Suhairi, 9, yang baru sahaja berkhatan seminggu yang lalu. Pengalaman menghabiskan tempoh berpantangnya di pusat pemindahan itu memberikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
"Seronok di sini sebab ramai kawan," katanya ringkas.
Rosmah dan Mohamad Afiq merupakan antara 120 mangsa banjir daripada 26 kampung yang terjejas akibat banjir di daerah ini.
Antara antara kampung yang terbabit adalah Kampung Donggoi, Kampung Marajah, Kampung Gunring, Kampung Sadok-Sadok, Kampung Sembirai, Kampung Lingkodon, Kampung Linau, Kampung Lebak Moyoh, Kampung Bobot, Kampung Suang Punggur, Kampung Menunggui, Kampung Song-Song, Kampung Sangkir, Kampung Karang Benai, Kampung Bota Bungan dan Kampung Kota Belud.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam berkata, setakat ini bantuan bekalan makanan dan minuman di pusat pemidahan sementara yang di buka dijangka mencukupi permintaan mangsa banjir.
"Setakat ini, Alhamdulillah bantuan masih lagi mencukupi walapun dalam keadaan yang terdesak, Insya Allah kita dapat atasi.
"Bekalan air biasanya bila keadaan sebegini dia akan putus-putus dan setakat inipun kita sedang usahakan untuk memulihkan bekalan air bersih," katanya kepada Astro AWANI.
Ruzaini Zulkepli
Tue Dec 12 2017

Rosmah Sijam, 41 merupakan antara 120 mangsa banjir daripada 26 kampung yang terjejas akibat banjir di Kota Belud

Program TVET tahfiz luaskan peluang kerjaya pelajar - Mustapha
Program TVET yang diperkenalkan di pusat tahfiz berupaya memperkasakan pengetahuan dan kemahiran pelajar serta memberi peluang kerjaya yang lebih luas.

'Barbie' ungguli 'box office' Amerika Utara 3 minggu berturut-turut
Filem komedi fantasi Warner Bros. Pictures, 'Barbie' kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara buat tiga hujung minggu berturut-turut.
Pesawat tengah sawah di Sekinchan beri limpahan rezeki
Kehadiran pesawat jenis Boeing 727 di tengah-tengah sawah menjadi buat mulut pengunjung dari pelbagai negeri.
Jual kerusi? Kami kempen pun ala kadar - Peja
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan beliau 'menjual kerusi' dalam pemilihan calon bagi gabungan itu.

Ukraine sahkan serangan terhadap 2 jambatan utama ke Crimea
Angkatan bersenjata Ukraine pada Ahad mengesahkan pihaknya melancarkan serangan terhadap jambatan Chonhar dan Henichesk yang menjadi penghubung dengan Crimea.

Perisai Komuniti: Arteta manfaat peraturan baharu bawa Arsenal julang gelaran
Pengurus The Gunners, Arteta, dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Stuart Attwell, kerana membangkang keputusannya.
Model gaji progresif: Perlu bergerak seiring pelaksanaan gaji minima
Azlan Awang, Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (M-TEM), percaya kedua-dua model gaji dan gaji minima perlu seiring untuk membantu Malaysia keluar daripada perangkap negara berpendapatan sederhana.

Cuaca panas melampau: Kontinjen pengakap Malaysia di Seoul selamat
Kesemua 499 ahli kontinjen Malaysia yang menyertai "25th World Scout Jamboree" bermula 1 hingga 12 Ogos di Seoul, Korea Selatan dilaporkan selamat.
AWANI Ringkas: 97,388 pengundi dan pasangan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Raja Kemboja lantik anak Hun Sen sebagai PM baharu
Raja Kemboja lantik Hun Manet sebagai Perdana Menteri selepas penyandang, Samdech Techo Hun Sen mengumumkan peletakan jawatan.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.

Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek