Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 1,081 mangsa daripada 302 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 868 mangsa daripada 239 keluarga malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka iaitu Balai Raya Seri Jeram di daerah Alor Gajah menjadikan kesemuanya lapan pusat dibuka di negeri ini.
Katanya daerah Alor Gajah mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 951 orang penduduk membabitkan seramai 229 mangsa di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, 40 mangsa di Balai Raya Kampung Gadek dan 205 mangsa di SK Lesung Batu.
"Selain itu di Alor Gajah juga menempatkan seramai 102 mangsa termasuk 94 daripadanya merupakan pelajar Sekolah Tahfiz Panchor, empat mangsa di Balai Raya Seri Jeram, 71 mangsa di Balai Raya Kampung Beringin dan 300 mangsa di SK Belimbing Dalam.
"Seramai 130 orang penduduk ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanah Merah, Krubong di daerah Melaka Tengah," kata Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian banjir di kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan dari 1.30 pagi hingga 5.30 pagi semalam.
Menurut beliau Pejabat Meteorologi Melaka memaklumkan cuaca di seluruh negeri pada petang ini diramal ribut petir di beberapa kawasan pedalaman dan hujan di satu dua kawasan pedalaman pada waktu malam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018
Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 1,081 mangsa daripada 302 keluarga setakat pagi ini. - Astro AWANI
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud Jelapang Padi Selatan
Kerajaan Melaka akan kemuka cadangan wujud Jelapang Padi Selatan kepada kerajaan Persekutuan bagi menjamin bekalan padi negara pada masa depan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
Pelajar Tingkatan 3 maut ketika hantar adik ke sekolah
Mohamad Iqmal Daniel yang menunggang Yamaha 135LC sedang membawa dua adiknya dalam perjalanan dari rumah mereka ke SK Sungai Tuang.
Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan ditemukan dalam tong sampah
Seorang wanita dibunuh kejam apabila bahagian badannya ditemukan disumbatkan ke dalam tong sampah di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
Dua individu mengaku salah palsukan hak milik tanah
Tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tujuan penukaran hak milik tanah.
Garisan bercahaya dalam gelap pada tiga jalan di Melaka
Tiga jalan berkenaan ialah Jalan Kemuning-Hutan Percha di daerah Alor Gajah serta Jalan Tehel-Bukit Katil dan jalan Bemban-Serkam di daerah Jasin.
Melaka laksana program khas bantu mudahkan OKU dapat lesen memandu
Golongan OKU berpeluang berdikari dan mencari pendapatan sendiri seperti berniaga menggunakan motosikal roda tiga.
Anak hilang, ibu luluh dimaklumkan penemuan mayat
Luluh hati seorang ibu apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat dibunuh dan dibakar dipercayai anaknya di kawasan Hutan Percha, Alor Gajah minggu lalu.