Hujan lebat sekali-sekala di beberapa tempat sekitar sini sepanjang malam tadi mengakibatkan keadaan banjir sejak semalam berlarutan dan sehingga pagi ini, jumlah mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan melonjak kepada 2,869 orang, berbanding 486 malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sebanyak 22 pusat pemindahan banjir dibuka pagi ini bagi menempatkan 2,869 mangsa daripada 779 keluarga itu.
Beliau berkata selain beberapa tempat di bahagian Kuching dan Serian, pagi ini turut menyaksikan satu lagi tempat di bahagian Samarahan terjejas akibat banjir.
Katanya setakat ini, lapan pusat pemindahan dibuka di kawasan sekitar daerah Kuching dan sembilan di daerah Bau, manakala dua di daerah Serian dan satu di Padawan.
Beliau yang dihubungi pagi ini memberitahu di bahagian Samarahan pula, dua pusat pemindahan banjir dibuka termasuk satu di Masjid Darul Ibadah, yang terletak di daerah Kota Samarahan, dan menempatkan 68 mangsa daripada 13 keluarga.
Menurutnya di kebanyakan tempat, air sungai kekal tinggi sebagaimana semalam.
Bernama
Sun Feb 21 2016
Beberapa tempat di bahagian Kuching dan Serian, pagi ini turut menyaksikan satu lagi tempat di bahagian Samarahan terjejas akibat banjir. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat 2,869 pagi ini
Jumlah mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan melonjak kepada 2,869 orang, berbanding 486 malam tadi.