Mangsa banjir empat daerah di Sarawak cecah 1,041 orang

Astro Awani
Februari 5, 2021 05:19 MYT
Sebahagian daripada lapan mangsa banjir yang mditempatkan di PPS Dewan Sukan Tatau. - Foto APM Sarawak
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak tengah hari ini meningkat kepada 1,041 orang berbanding 985 mangsa pagi tadi.
Setakat jam 12.00 tengah hari, daerah Serian paling teruk terjejas dengan 752 mangsa membabitkan 246 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua mangsa banjir di Serian ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan PPS SK Tanah Puteh menempatkan paling ramai mangsa iaitu berjumlah 273 orang.
Di daerah Simunjan jumlah mangsa meningkat kepada 230 orang sementara di daerah Samarahan juga meningkat kepada 51 mangsa.
Dalam pada itu keadaan di Tatau tidak berubah dengan lapan mangsa membabitkan dua keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sukan Tatau sejak Selasa lalu.
#banjir #Sarawak #mangsa banjir #pusat pemindahan #PPS #Serian #Samarahan #Tatau #JPBN