MARAN: Jumlah mangsa banjir gelombang kedua di negeri Pahang terus mencatatkan peningkatan hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bendana Negeri Pahang, seramai 1,834 mangsa kini ditempatkan di 48 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah yang terjejas.

Kuantan menjadi antara daerah terbaharu dilanda banjir dengan seramai 357 mangsa daripada 86 keluarga di daerah itu ditempatkan di enam PPS.

Manakala Lipis mencatatkan 539 mangsa daripada 148 keluarga. Kesemua mangsa ditempatkan di 16 PPS yang dibuka sejak 31 Disember lalu.

Di Rompin pula seramai 390 mangsa terjejas yang ditempatkan di tujuh PPS.

Manakala di Raub, banjir menjejaskan 279 mangsa daripada 84 keluarga. Kesemua mereka ditempatkan 12 PPS setakat ini.

BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI

Di Jerantut, seramai 185 mangsa daripada 48 keluarga ditempatkan di empat PPS.

Turut terjejas di Maran, seramai 70 mangsa daripada 18 keluarga dipindahkan di dua PPS.

Di Bera pula seramai 14 mangsa daripada empat keluarga telah dipindahkan di dua PPS.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir gelombang pertama menurun kepada 738 orang setakat ini.

Kesemua mangsa daripada 242 keluarga itu ditempatkan di tujuh PPS.