Manifesto Barisan Nasional untuk pilihan raya umum ke-13 ini dianggap suatu aku janji menyeluruh, mengambil kira keperluan semua pihak, realisitik dan boleh laksana.
Mereka yang memberi reaksi, menyifatkan manifesto "Menepati Janji Membawa Harapan' itu meyakinkan rakyat untuk memberikan mandat lebih besar kepada BN dalam PRU13.
Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya berkata beliau yakin BN telah membuat kajian mendalam sebelum menyediakan manifesto itu memandangkan mereka mempunyai banyak pengalaman mentadbir negara selama ini.
"Mereka (BN) boleh buat anggaran mengenai semua aspek termasuk purata pendapatan rakyat, pembangunan dan cukai," katanya mengenai manifesto BN yang dibentangkan semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.
Manifesto BN itu mengandungi 17 perkara utama aku janji dan mengandungi 156 komitmen tindakan khusus bagi memastikan kepentingan rakyat dan negara dipenuhi.
Naib Presiden Kelab Perpaduan Insan Selangor, T.Selvasingam berkata manifesto BN menitik beratkan kebajikan kaum India terutama dari segi penambahan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), penyediaan rumah mampu milik, mikrokredit dan pinjaman Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga).
Di Kuala Terengganu, peniaga Faramasliani Mohd Yassin, 31, berkata apa yang dijanjikan BN sesuatu yang realistik, yang mampu ditunaikan berikutan ekonomi negara yang teguh.
"Sekarang BR1M bukan lagi RM500, tetapi naik lebih sekali ganda menjadi RM1,200. Selain itu bagi remaja yang belum berkahwin pula diberi RM600, bantuan sekolah anak-anak dinaikkan kepada RM150 dan baucer buku untuk pelajar IPT RM250. Memang saya berpuas hati," katanya yang tinggal di rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) Kampung Bukit Tok Ris, Kuala Terengganu.
Bagi Engku Nurul Aima Tengku Amri, 26, beliau mewakili golongan belia yang menyambut baik aku janji ke-11 manifesto itu 'Memenuhi Aspirasi Belia' yang membuka ruang luas bagi belia yang berminat menerokai bidang usaha niaga di bawah peruntukan tabung latihan dan insentif ke arah melahirkan belia berjaya.
"Selain kebajikan belia yang terus dibela, saya lihat ruang untuk belia terbuka luas bagi mereka melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita memperbaiki masa depan, khususnya melalui penjanaan ekonomi dan kewangan diri.
"Saya juga gembira apabila perdana menteri mengumumkan sebanyak 3.3 juta pekerjaan akan ditawarkan dalam pelbagai sektor termasuk dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi untuk tempoh lima tahun akan datang," katanya yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah universiti awam di Kuala Terengganu.
Bagi seorang peniaga, Wan Mohamad Hazman Wan Ramli, 42, beliau yakin jaminan BN untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional untuk mengurangkan harga kereta 20 hingga 30 peratus mampu melegakan hati rakyat berikutan kenderaan kini ialah keperluan wajib setiap isi rumah.
"Begitu juga dengan pembinaan sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 rumah PR1MA yang bakal memberi sinar baharu kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri," katanya.
Di George Town, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata manifesto BN itu unik kerana ia suatu janji yang bukan retorik tetapi perancangan masa depan yang sangat komprehensif.
Beliau berkata manifesto BN itu membuktikan kematangan parti dalam pentadbiran negara.
"Oleh itu jentera parti mempunyai peranan besar untuk menterjemah janji yang dibentangkan agar mendapat kebolehpercayaan rakyat khususnya bagi pengundi-pengundi muda yang pertama kali mengundi," katanya.
Sementara itu Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata manifesto BN bukan sahaja memperlihat keprihatinan pemimpin terhadap rakyat malahan kesungguhan BN untuk mengekalkan kemakmuran negara.
"Manifesto yang lengkap untuk kebahagiaan dan kemakmuran rakyat, satu kesinambungan usaha ke arah perpaduan rakyat yang lebih harmoni dalam usaha menjadi sebuah negara maju," katanya.
Mohd Yussof yang juga tokoh sejarawan yakin golongan muda hari ini lebih matang dan boleh berfikir secara terbuka dan menerima manifesto BN sebagai pemangkin kepada kemajuan negara.
"Ia merupakan manifesto yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, semua akan mendapat manfaat daripadanya," katanya.
Di Kuching, Timbalan Presiden Persatuan Kayan Sarawak (SKA) Dennis Ngau berkata manifesto itu meliputi keperluan penting semua, tanpa mengira kaum dan tempat.
"Tiada sebab kami tidak mengalu-alukan manifesto ini kerana kami daripada kaum etnik kecil juga termasuk dalam aku janjinya," katanya.
Sejak Najib menjadi perdana menteri, beliau banyak memperkenal program titik sentuhan yang memberi kesan besar kepada kaum Kayan, dan tiada sebab sebuah aku janji sebegini ditolak, katanya.
Presiden Persatuan Bisaya Sarawak Antonio Kahti Galis menyifatkan manifesto itu telah memikirkan semua aspek dan memberi penekanan besar terhadap kecemerlangan pelajaran.
Ikrar untuk membaiki standard jalan Pan-Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak juga akan membantu perhubungan dengan mereka yang tinggal di petempatan kecil.
Penasihat persatuan yang mewakili etnik Melanau, Persatuan Anaq Vaie, Pandi Suhaili berkata dalam setiap pilihan raya (menaik taraf) jalan Pan-Borneo menjadi antara isu utama dan beliau gembira kini kerajaan akan meneruskannya bila mendapat mandat baharu.
Di Alor Setar, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sepanjang empat penggal beliau menjadi wakil rakyat, manifesto kali ini ialah yang terbaik dalam menjelaskan usaha BN untuk meneruskan tradisi membela kepentingan rakyat.
"Manifesto ini bersifat satu amanah yang harus ditunaikan malahan mampu ditunaikan," katanya dalam kenyataan di sini.
"Negara juga akan lebih hebat sekiranya diberi peluang sekali lagi kepada Barisan Nasional mentadbir negara dan negeri," katanya.
Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew berkata manifesto ini cukup tersusun dan boleh laksana.
Bagi Pengerusi MIC Kedah S. Ananthan manifesto BN ini sangat realistik dan komprehensif seiring dengan keperluan dan tuntutan semasa.
"Ia turut memfokuskan semua aspek dan lapisan masyarakat. Ini mencerminkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Boleh dikatakan manifesto yang melakar sejarah dalam politik tanah air. Syabas kepada perdana menteri," katanya.
Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai berkata, "Apa yang dalam manifesto itu, semuanya menjurus kepada rakyat didahulukan. Sebagai contoh rumah mampu milik...ini semua desakan daripada rakyat. Rumah sekarang melambung tinggi.
"Ini bukti sesungguhnya kerajaan BN tidak membuat sesuatu manifesto sesuka hati dan setiap apa yang kerajaan BN lakukan, akan sentiasa memikirkan kaedah dalam pelaksanaannya," katanya.